Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 3, 2012

Statistik Penceraian DiKalangan Melayu Islam Mengejutkan


Sungguh mengejutkan dan juga memalukan !! itulah yang boleh Dila katakan, cuba anda bayangkan dari 651,851 pasangan melayu Islam yang berkahwin dalam tahun 2005 - 2010, sebanyak 21% (137,570) pasangan telah bercerai selepas 5 tahun hidup bersama. 

Statistik penceraian pasangan melayu Islam dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti berikut,
  1. 2005 - 17,749 pasangan
  2. 2006 - 19,955 pasangan
  3. 2007 - 21,140 pasangan
  4. 2008 - 22,800 pasangan
  5. 2009 - 27,891 pasangan
  6. 2010 - 28,035 pasangan
Dari ditinjau mengikut negeri pula, Selangor mencatatkan kadar penceraian paling tinggi sejak tahun 2005 hingga 2010, diikuti dengan Kelantan dan Johor.

Kebanyakan pasangan yang bercerai ialah diantara umur 26 - 36 tahun iaitu pasangan muda, cuba anda bayangkan berapa banyak `lambakan generasi bermasalah' yang bakal wujud akibat fenomena ini?.

Diantara punca-punca penceraian pasangan Melayu Islam bercerai ialah seperti berikut,
Berperangai dan tingkahlaku yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan
  • Pengurusan ekonomi rumahtangga yang tidak cekap
  • Didikan agama 
  • Komunikasi yang tidak lancar
  • Terjebak dengan masalah sosial - zina,curang, minum arak dan lain-lain lagi
  • Kesihatan & Seks
  • Personaliti pasangan - cemburu,pemarah
  • Terlalu mementingkan kerjaya
  • Pengaruh orang ketiga - ibu mertua,rakan-rakan,saudara-mara etc
Diantara cara utama untuk mengatasi fenomena diatas ialah suami dan isteri hendaklah mendekatkan diri dengan agama islam dan menghayati tanggungjawap sebagai suami dan isteri dalam sebuah  rumahtangga, saling faham memahami diantara satu sama lain.

Selain dari itu, dapatkan juga kaunseling/khidmat nasihat dari mereka atau agensi yang bertauliah seperti Jabatan Agama Islam, alim - ulama  dan lain-lain. Anda juga boleh ke portal I-runding untuk mendapatkan perundingan, khidmat nasihat bagi menyelesaikan masalah yang ada.
Nota : Berkahwin mudah, tetapi bagaimana lebih susah untuk  mengisi sesebuah 
            perkahwinan itu

Sumber : Utusan Malaysia, JAKIM    

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message Here

Add Your Link Here, I will Visit You Regulary

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Lebih Tajam Dari Anda Sangka