Saturday, April 30, 2011

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2011 - Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara'

Assalamualaikum dan salam sejahtera para setia blog Dila. Seperti yang kita semua sedia maklum esok 1 Mei  2011 ialah Hari Buruh (Labour Day). Dikesempatan ini Dila ingin mengucapkan Selamat Hari Buruh untuk kakak-kakak, abang-abang, Encik-Encik ,Puan-Puan yang bertugas di sektor kerajaan, swasta mahupun berkerja sendiri. Tidak terkecuali semua buruh - buruh asing yang bekerja di Malaysia - Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Thailand, China dan lain-lain lagi.

Labor DayMemang kita semua tidak dapat nafikan sumbangan para pekerja dalam  meningkat ekonomi dan kemakmuran negara kita Malaysia. Tanpa mereka maka lumpuhlah negara. Merekalah aset terpenting Malaysia.
Kepada pekerja/buruh  Dila berharap dapat,

1. Meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam pekerjaan masing-masing. 

2. Patuhi arahan pengurus dan beri komitment 100% kepada setiap tugasan yang diberikan. 

3. Jangan melanggar  peraturan agama & negara. (Jangan Ambil RASUAH !!)

4. Sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Majikan pula diharap tidak mengekpotasi pekerja, sebaliknya mestilah sentiasa menjaga kebajikan mereka. Kerjasama dan persefahaman yang baik diantara majikan dan pekerja akan memberi faedah yang besar bukan sahaja kepada kedua-dua pihak tetapi negara secara amnya.

Sejarah hari buruh dunia tercetus bermula pada tahun 1884  lagi  . Sila rujuk untuk mengetahui lebih lanjut http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja , manakala di Malaysia bermula pada tahun 1972.

Labor Day: A NovelUntuk pengetahuan satu `PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2011' akan diadakan  pada 7 Mei 2011 di Stadium Bukit Jalil KL dengan tema ` Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara'. Perhimpunan ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin. Sila rujuk http://www.mohr.gov.my


 Dila berharap hari pekerja kali ini, tidak dicemari dengan demostrasi jalanan !! . Untuk para pembaca Dila sediakan lagu khas untuk anda yang bergelar pekerja



Nota Dila :  `Selamat Hari Pekerja Juga Untuk Diriku'.
Bertolak ke kampung  malam ini, untuk menolong sepupu buat gubahan hantaran kahwin

No comments:

Post a Comment