Thursday, April 26, 2012

Kopi Hijau Boleh Kurangkan Berat Badan

Assalamualaikum semua pembaca. Anda pernah dengar kopi hijau (Green coffee), minta maaflah sebab Dila baru pertama kali dengar kopi hijau sebab selama ini ingat kopi ada yang hitam sahaja, Kalau teh hijau tahulah. 


Kopi hijau ialah sebenarnya kopi biasa yang tidak dipanggang sebaliknya akan diproses secara segar. Kajian di Amerika Syarikat mendapati  kopi hijau boleh mengurangkan berat badan dengan segera iaitu 10.5%  pengurangan berat badan dan 16% penurunan lemak badan. (Sila rujuk `write-up' disini, ScienceDaily dan io9)

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Penyelidik mendapati bahan aktif didalam kopi segar iaitu asid klorogenik menyebabkan pengurangan berat badan & lemak badan. Sebaliknya tidak didapati didalam kopi hitam kerana telah musnah akibat dipanggang.

Terbaru ekstrak kopi hijau dikomersial dan semakin popular sebagai bahan nutraseutikal yang selamat dan berkesan dalam mengurangkan berat badan. Contoh produk disini.




Komen : Kepada sesiapa berhajat untuk menurunkan berat badan boleh ke farmasi yang berdekatan untuk mencari produk-produk Green Coffee.  Untuk mengetahui lebih mengenai kopi hijau ini ?

2 comments: