Wednesday, July 18, 2012

Usah Biarkan Aku Mati !!!

Hutan anugerah  Tidak Ternilai Allah kepada Manusia

Aku, adalah rimba berbudi luas
merentang jasa terpuji
sering menutup kejahilan insani
biar amarah merengis maruah
biar dendam menggapai duka 
menatap tingkah manusia
yang memusnahkan kebenaran
sebuah kehidupan alam 
yang permai damai

Aku adalah rimba melindungi insani
membiar diri rentung dipanah sang mentari
membiar diri jadi benteng dihimpit
asal insani tidak didera keperihan
akibat keruntuhan 
atau kepanasan

Aku adalah rimba berdaulat 
tekad telah punah ranah
melihat kehijauanku
telah menjadi padanga jarak
padang terkukur
dan esok bakal dibina bangunan 
dari batu bata

Aku, wajar bangkit dari mimpi panjang
menerkam radang dan dendam 
benteng diri dari dicemari
asap tebal
dan noda hitam debu pembangunan
dalam munajat usah biar aku mati
dalam kehangusan 
aku mahu kehidupan
sebuah rimba damai
di tengah aliran sungai jernih
berteman gelak ketawa sepat dan haruan 
bersama membina keyakinan

Cintailah kami
Dari alam dan kehidupan semurni kehidupan insani

Karya : Shakirah Rashid



Topik berkaitan 

Iklan

No comments:

Post a Comment