Sunday, September 2, 2012

Jom Sertai Karnival & Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik : PSH

Assalamualaikum semua, Selamat hari raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan !!

Macamana dengan cuti raya & cuti merdeka anda ? Mesti seronok bukan !. Oklah Dila ingin memberitahu mengenai  Karnival & Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat  (PSH)  yang akan diadakan 22-23 September ini di PWTC KL.

Anda tahu maksud `pembelajaran sepanjang hayat atau ringkasnya PSH ?. Pembelajaran sepanjang hayat ialah bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa. PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

Diantara aktiviti yang dikira sebagai pembelajaran sepanjang hayat ialah amalan Membaca, Penyertaan Kursus Jangka Pendek, Penyertaan Kursus Jangka Panjangdan Penyertaan Ceramah

Diantara faedah pembelajaran sepanjang hayat ialah menjadi seorang individu lebih berkemahiran, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir dari luar  dan seterusnya Menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan berdaya saing.

Pembelajaran tidak semestinya tamat bila tamat zaman persekolahan atau zaman pengajian diuniveristi,tetapi mesti diteruskan.

Apa-apa pun jom datang ke Jom Sertai Karnival & Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat  (PSH) pada masa tarikh diatas. Banyak booth yang menawarkan kursus-kursus jangka pendek dan ada seminar-seminar. Sumber : Wikipedia


Khas untuk pemilik produa Jom tengok, Jadi pemilik terawal iPhone 5 di Malaysia... Ia mungkin milik anda, FOC. @ hari jer lagi. Cara terbaru pakai hijab. Pendapatan dari internet, percuma trafik,ingin jadi penterjemah, Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah 







No comments:

Post a Comment