1. Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.. (Salah)
Diumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat ...(gelaran/panggilan hormat dan nama)
kemudian diikuti dengan jawatan... (Betul)
2. Yang Berusaha Tuan Pengetua... (Salah)
Yang Berusaha ... (panggilan hormat dan nama)..Pengetua Sekolah (Betul)
3. Majlis mengalukan kehadiran pihak tuan (Salah)
Majlis mengalu-alukan kehadiran pihak tuan (Betul)
4. Ucapan aluan / Kata-kata aluan (Salah)
Ucapan alu-aluan / Kata alu-aluan (Betul)
5. Majlis merakam ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi (Salah)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ... (sasaran) atas ucapan itu tadi. (Betul)
6. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan (Salah)
Para hadirin yang dimuliakan (Betul)
7. Sila ambil perhatian (Salah)
Sila berikan perhatian (Betul)
8. Johan pertandingan jatuh kepada.... (Salah)
Johan pertandingan ialah .... (Betul)
9. Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat tuan yang bertarikh ... (Salah)
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada surat tuan yang bertarikh... (Betul)
10. Dengan kerjasama pihak tuan diharapkan akan lebih menjayakan program (Salah)
Kerjasama pihak tuan diharapkan akan lebih menjayakan program... (Betul)
11. Semoga dengan kehadiran tuan, akan menyerikan lagi majlis ... (Salah)
Kami berharap semoga kehadiran tuan akan menyerikan majlis... (Betul)
Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kesalahan diatas.
# Sumber : Dewan Bahasa & Pustaka (m/s:22 Sinar Harian)

No comments:
Post a Comment