Rindu cuaca macam ini.
Siksanya hidup dalam jerebu mata gatal, tekak sakit dan sesak nafas. Nasib baiklah Dila tak ada asma. Jerebu ini banyak membawa kerugian kepada kita tengok sahaja berapa juta adik-adik kita sekolah yang tidak dapat bersekolah, lapangan terbang terpaksa ditutup dan ada yang ditunda itu belum lagi mereka yang terpaksa ke hospital dan klinik kerana penyakit asma, batuk, sakit mata dan lain-lain lagi. Kerajaan pula terpaksa belanja jutaan ringgit untuk membuat pembenihan awan.
Dila merayu kepada kerajaan Indonesia supaya tidak menghadiahkan jerebu lagi sekali pada tahun hadapan (2016). Cukup-cukup sudahlah. Tolonglah prihatin dengan dengan negara jiran tetangga.



No comments:
Post a Comment