Sunday, July 10, 2016

Ramadhan telah berlalu.Semak Diri Anda !



Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Adil Fitri. Sudah 6 hari Ramadhan meninggalkan kita dengan seribu kenangan manis. Masih terasa keseronokan berada dibulan Ramadhan dengan pelbagai program seperti solat fardu berjemaah, solat terawih, bertadarus, beriktikaf, bersedekah dan lain-lain lagi.

Benarlah kata  orang bijak pandai bulan Ramadhan ialah seperti sebuah madrasah iaitu pusat latihan bagi memupuk keimanan melalui tarbiyah fizikal dan rohani. Apabila kita sudah `tamat pengajian`/`graduate', diharapkan kita manusia yang semakin bertambah ketakwaan kepada Allah. 

Sebaliknya jika kita kembali ke takuk lama dengan erti kata masih sama seperti sebelum masuk ke madrasah Ramadhan, maka kita manusia yang paling rugi sekali. Orang utara kata `pi mai pi mai tang tu' . Sila semak diri masing-masing,

1. Anda masih tertinggal solat fardu?
2. Anda masih melambat-lambat mengerjakan solat?
3. Bertadarus / Membaca Al-Quran?
4. Masih melakukan maksiat yang sama sebelum datangnya Ramadhan?
5. Berat bersedekah? Dan sebagainya...




Akhir kata baik kita semak diri masing-masing sebelum kita disemak di akhirat nanti, Kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput untuk pulang.

Ingatan ikhlas untuk diriku sendiri dan untuk anda juga..

Dilah









2 comments:

  1. Nice post, things explained in details. Thank You.

    ReplyDelete
  2. Gambling in casinos - DrmCD
    Las 나주 출장마사지 Vegas. Casinos. Casinos. Gambling. Games. 대구광역 출장샵 Slot 의정부 출장안마 machines. Video poker. 논산 출장마사지 Online 춘천 출장안마 blackjack. Slots. Roulette. Casino tables. Live table games.

    ReplyDelete