Monday, July 9, 2012

Hari Koperasi Negara 2012 - Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat

Ingin tahu sejarah Koperasi di Malaysia ?

Sukacita Dila ingin memaklumkan semua, mengenai Hari Koperasi Negara 2012  pada 13-15 Julai 2012 bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Diantara objektif Hari Koperasi Negara 2012, ialah seperti berikut,
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
Untuk pengetahuan semua, sejarah koperasi di Malaysia ini bermula sejak tahun 1922 lagi,
Pada sambutan kali ini akan sempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 14 Julai 2012 jam 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil.

Jom beramai-ramai datang ke Stadium Negara Bukit Jalil, macam-macam program akan diadakan. Untuk mengetahui  program-program yang akan berlangsung sila layari : Suruhanjaya Koperasi Syarikat.


















1 comment:

  1. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete