Friday, October 5, 2012

Jom ke HALFEST 2012 - Ekspo Halal Terbesar di Malaysia - 10-14 Oktober 2012 diPWTC KL.


Assalamualaikum, Hari ini Dila ingin mengajak anda semua ke pameran halal yang terbesar didunia iaitu : HALFEST sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. 

Diantara objektif penganjuran HALFEST  ialah seperti berikut.

1. Menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.

 2. Mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan

 3.  memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.  

Pelbagai program-program menarik telah pun di susun untuk para pengunjung yang disasarkan tahun ini mencecah 70,000 pengunjung berbanding 50,000 pengunjung pada tahun lalu.

Diantara celebriti yang hadir ialah seperti Dato Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah. Chef Wan, Upin Ipin dan ramailah lagi.

Ia dibawakan oleh CIMB Islamic Bank dan dihoskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC), dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama khas daripada JAKIM dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan PPIM bersama rakan strategik Radio Televisyen Malaysia (RTM).


 Laman web rasmi Halfest2012 

 Sumber : Halfest2000,

Iklan Pendek    
 Dapat bayaran setiap 30 saat
Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit.

No comments:

Post a Comment