Tuesday, October 9, 2012

Bangsa Melayu Juara Sumbang Mahram ?

Remaja Ini Berzina Dengan Kakak Sehingga Melahirkan Anak.Bagaimana Islam menangani masalah ini?.
Sumbang mahram menurut definasi kamus dewan ialah perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan’. 

Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti ‘laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam’. Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). ‘Sumbang kadim’ yang bererti ‘berzina dengan keluarga yang rapat’ dan ‘sumbang pati’ juga membawa erti ‘ berzina dengan saudara sendiri.  

Sementara menurut Islam sumbang mahram   pula “sumbang mahram adalah merupakan perhubungan jenis antara seorang lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh syarak”.

Menurut Sumbang mahram adalah isu sosial yang sering muncul dan diperkatakan dalam masyarakat kita. Sebagai mana gejala negatif lain, bangsa Melayu mendahului bangsa lain dalam perangkaan mereka yang terbabit. Ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.


Kajian menunjukkan 71.2 peratus mangsa sumbang mahram di Malaysia adalah kanak-kanak Melayu yang kebanyakannya berusia 16 tahun ke bawah. 

Dimana kebanyakannya berlaku di Selangor iaitu 190 kes, Johor (179 kes), Sabah (164 kes), Pahang (118 kes), Sarawak (106 kes), Kedah (103 kes), Perak (95 kes), Negeri Sembilan (88 kes), Terengganu (80 kes), Kelantan (64 kes), Melaka (47 kes) dan Perlis (23 kes). 

Baca cara-cara mengelakkan sumbang mahram disini
Perhubungan jenis antara saudara terdekat berlaku pada semua bangsa di Malaysia tetapi lebih banyak membabitkan saudara terdekat dalam kalangan orang Melayu, umpamanya abang dengan adik, adik dengan kakak dan sebagainya.
Firaun Anak Sumbang Mahram ?

Kajian Rozai turut mendedahkan pelaku sumbang mahram dalam kalangan keluarga Melayu. Paling ramai dilakukan oleh bapa kandung iaitu 380 orang, diikuti bapa tiri (249), bapa saudara (231), abang ipar atau adik ipar (119), abang kandung (87), sepupu (82), saudara (40), bapa angkat (35), datuk (34), abang tiri (29), datuk saudara (19), abang angkat (16), datuk tiri (7), bapa mentua (5), adik (4) dan anak tiri (1).

Perangkaan serta golongan mereka yang terbabit seperti di atas, mendedahkan betapa seriusnya masalah pemantapan akidah, pembinaan akhlak, serta seni keibubapaan dalam kalangan keluarga Melayu itu sendiri.

Mereka yang menjadi mangsa dan dimangsakan ialah kanak-kanak atau remaja perempuan/lelaki Melayu. Masa depan mereka dimusnahkan dan telah menjadi mimpi ngeri  yang dibawa sepanjang hayat.

 Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengungkapkan gejala ini. Shahnon turut menyalahkan ‘suasana’ yang mendorong perbuatan terkutuk itu. Pada Shahnon, pengedaran video lucah secara terang-terangan atau bersembunyi, merangsang kepada perlakuan ganas itu dalam kalangan ahli keluarga. (Baca kisah pemimpin-pemimpin kita yang melakukan kes seperti ini)

Kini adegan seks bukan saja boleh ditonton daripada cakera padat tetapi juga melalui pelbagai sumber elektronik yang sukar ditapis. Malah ia boleh ditonton dengan menggunakan telefon bimbit yang turut dimiliki kanak-kanak dan remaja. Ada ibu bapa yang memberikan telefon bimbit kepada anak mereka yang relatifnya masih muda dengan niat serta tujuan asal yang baik. Tetapi tidak mustahil peranti itu disalah gunakan.






Lagi contoh kes
Jesteru itu Islam mengajak ketua keluarga Melayu agar mempunyai dan memperkasa tanggungjawab agama, pelindung, akidah, dan akhlak diri dan seluruh ahli keluarganya serta mencartakan masa depan yang bersih dan berjaya untuk anak mereka. Dengan cara itu unit keluarga Islam akan menjadi kuat.

Nilai yang ada dalam agama Islam jauh lebih baik daripada nilai kepercayaan yang menjadi pegangan masyarakat China dan India di Malaysia. Tetapi mengapakah masih banyak keluarga Islam yang terjebak dalam gejala negatif seperti sumbang mahram, penagihan dadah, merempit, berjudi, bersekedudukan dan sebagainya?

Jawapannya tentulah tidak lain kerana nilai Islam yang baik itu belum benar-benar hidup dan dibudayakan dalam keluarga Melayu. Sehubungan itu sudah tiba masa agar seni keibubapaan menurut acuan Islam diperkenalkan kepada mereka yang berumah tangga dan yang akan berumah tangga. Di samping itu kanak-kanak dan remaja Islam harus terus didedahkan kepada akidah serta akhlak yang terbimbing.




Baca kesan sumbang mahram kepada masyarakat dan undang-undang berkaitan gejala sosial ini. 





Sumber :Berita Harian, SiniKini , CempakaMelati, Paapaada,Myservik,Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment