Wednesday, October 17, 2012

Senarai Lokasi Pemasangan AES

Assalamualaikum semua, Dila ingin berkongsi mengenai senarai lokasi pemasangan AES (Automatic Enforcement System) atau Sistem Penguatkuasaan Automatik yang telah bermula pada 23.9.2012

Pemasangan  AES yang ditempatkan dilokasi `panas' bertujuan untuk Tujuan pemasangan AES ialah untuk mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Katanya papan tanda di setiap lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan.

Dalam pada itu bagi lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, ia akan diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Solah berkata imej yang akan dirakam kamera AES dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut akan direkodkan dalam pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

Proses semakan mengenal pasti kesalahan serta pengeluaran notis saman akan dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.

 “Jika imej yang ditangkap melalui kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data JPJ, maka siasatan lanjut akan dijalankan. Ini adalah untuk memastikan saman yang dikeluarkan mengikut undang-undang serta dapat mengelakkan saman kepada pihak yang tidak bersalah,”

 Jelas beliau notis saman yang telah diproses akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh kesalahan dan imej kenderaan yang dirakamkan.

“Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut sewaktu kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu berkenaan kepada JPJ setelah tempoh 30 hari daripada tarikh menerima notis saman mereka.

Katanya untuk kesalahan yang direkodkan di Perak, pemandu yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES menerusi talian 03-78464400, manakala kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268 atau boleh layari laman web JPJ untuk mengetahui lokasi yang lain.

Komen : Pada pendapat Dila AES ini boleh mengurangkan kemalangan maut dan ini dapat mendidik pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Walaubagaimanapun Dila berharap pemasangan AES dapat diperluaskan bukan setakat dilokasi panas tetapi juga kawasan-kawasan yang berpotensi untuk berlaku kemalangan sebagai contoh jalan Kelang Banting. Harapan Dila juga supaya saman yang dikenakan nanti tidak terlalu mahal.


Iklan Pendek    

No comments:

Post a Comment