Followers

Search This Blog

Saturday, May 29, 2010

Pernahkah Anda Merasai KEMANISAN Iman ?


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

MUKADDIMAH:

Iman adalah membenarkan secara putus (jazim) tanpa ragu sedikitpun dengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW. yang diikuti dengan ketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpa perasaan degil dan takabbur. 

Terkadang-kadang terdapat iman yang jazim pada seseorang dan tidak ada keraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada Rasulullah SAW. tetapi sayangnya terkadang kadang iman tersebut diikuti oleh rasa sombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininya itu. Maka dalam keadaan seumpama ini, dia belum digolongkan sebagai orang yang beriman. 

Juga terdapat orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun ada perasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabbur terhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebut tenggelam kedalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar iman sebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajiban mensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakan orang yang beriman atau " mukmin " yanq belum mendapatkan " kemanisan iman ". 

Hadis sahih yang termaktub diatas menjelaskan kepada kita beberapa tanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilah kita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemua tanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Penerangan Hadis Diatas

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman. 

Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan. Kemanisan iman adalah sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat kesabaran. 

Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.

Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman yang dimilikinya, sudah pasti lebih besar lagi nikmat yang bakal dia terima di sisi Allah kelak di akhirat. 

1. Mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala-galanya.
Cinta ialah kecenderongan jiwa seseorang kepada sesuatu yang boleh memberinya kelazatan, manfaat ataupun kerana sesuatu itu sesuai dengan fitrah (tabiat) nya. Ada beberapa sebab yang boleh menimbulkan rasa cinta seseorang. Menurut Imam Al Ghazali bahawa ada 5 sebab yang mendorong perasaan cinta seseorang:
  1. Cinta manusia kepada dirinya, kewujudannya, keberkekalan dan kesempurnaannya.
  2. Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh mendatangkan manfaat kepadanya.
  3. Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsannya. Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut.
  4. Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yang memikat ada yang hissy (fisical) seperti keindahan warna warni bunga dan binatang, dan ada pula yang maknawy (abstrak) seperti akhlak yang luhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu, cerdik, berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.
  5. Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yang dicintainya itu memiliki persamaan sifat dengannya, walaupun semua sebab terdahulu atau sebahagiannya tidak wujud pada orang tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera tentera yang dipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apa yang bercanggah dengannya dia akan berbeza.
Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermat nescaya kita dapati kesemua sebab itu mewajibkan orang beriman yang benar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah dengan kadar cinta yang tidak ada tolok bandingannya. 

Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkan ketaatannya kepada Allah yakni melaksanakan suruhan Nya dan menjauhi laranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat perbezaan antara taat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut (rakhbah dan Rahbah). 

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedang beribadah kerana takut kepada Allah atau kerana mengharap syurga, lalu Isa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada makhluk dan mengharap kepada makhluk. 

Kemudian Isa meneruskan perjalanannya dan lalu pada suatu kaum yang sedang beribadah. Mereka berkata: Kami beribadah kepada Allah kerana kami cinta kepada-Nya dan kerana ta'zim (mengagungkan)-Nya. 

Nabi Isa berkata: Kamu semua adalah wali-wali Allah, dan aku diperintahkan agar duduk bersama kamu. 

Ini tidak bererti jika kita beribadah lalu kita tidak boleh mengharap syurga dan takut kepada kepada neraka. Itu adalah diantara sifat orang yang beriman. Ini sebagaimana firman Allah: 

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (16)
Lambung mereka jauh dari tempat tidur tidurnya (sering beribadah malam) sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka. ( Al Sajadah / 32 : 16 ) 

Ayat di atas menegaskan bahawa di antara sifat orang orang yang beriman ialah mereka selalu mendirikan malam dengan beribadat sambil mengharapkan akan keredaan Allah dan syurga Allah dan didorong oleh rasa takut kepada murka Allah dan siksaan neraka-Nya. 

Hanya saja jika " rasa cinta " yang mendorong kita untuk taat kepada Allah, maka nilai ibadah itu adalah lebih tinggi kalau dibandingkan hanya sekadar kerana takut dan harap. 

Adapun cinta kepada Rasulullah SAW. adalah sebahagian daripada cinta kepada Allah. Kerana bagi kita tidak ada seorangpun yang lebih kita percayai selain orang telah dipilih oleh Allah sebagai utusan-Nya. Beliau telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah-Nya kepada umat manusia agar kita mendapat rahmat-Nya. 

Bagindalah orang yang paling berjasa menyelamatkan kita daripada kegelapan (kekufuran dan syirik) kepada cahaya terang benderang (Islam dan hidayah). Bagindalah yang telah membimbing kita untuk menuju kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat.

Abdullah Bin Al Mubarak berkata: 

العُلَمَـاءُ أَفْضَلُ مِنْ آبَـائِكُمْ ، قَالُوا : كَيْفَ ذَلِكَ ؟ قَالَ : آبَـاؤُكُمْ يَحْفَظُوْنَكُمْ مِنْ نَـارِ الدُّنْيَـا وَالْعُلَمَـاءُ يَحْفَظُونَكُمْ مِنْ نَـارِ اْلآخِرَةِ .
Para ‘ulama lebih utama daripada ibu bapa kamu. Mereka bertanya: Mengapa demikian (wahai tuan) ? Beliau menjawab: Ibu bapa kamu memelihara kamu dari api (kesusahan) dunia, sedangkan para ‘ulama pula memelihara kamu dari api (kesusahan) akhirat.
Demikianlah peranan dan jasa para ‘ulama yang ikhlas yang telah membimbing manusia agar memiliki akidah yang betul agar terhindar dari syirik dan khurafat, yang telah mengajar mereka cara ibadat yang betul sehingga terhindar dari perbuatan bid’ah, yang telah mengajar mereka budi pekerti yang mulia sehingga dengan demikian, mereka bukan saja terhindar daripada kesusahan di dunia tetapi juga akan terhindar daripada azab Allah yang amat pedih di akhirat. 

Dan kalaulah demikian peranan para ‘ulama, sudah tentu peranan Rasulullah saw jauh lebih besar dari itu kerana semua ajaran para ‘ulama bersumber daripada ajaran Rasulullah saw.
Jadi mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada mencintai yang lain, maksudnya ialah kita mestilah mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kita kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, saudara mara, hatta terhadap diri kita sendiri. Dan selanjutnya kecintaan kita yang mendalam itulah yang mendorong kita untuk berbakti kepada Allah dan Rasul-Nya

2. Mencintai seseorang semata-mata kerana Allah
Cinta jenis ini juga adalah cabang dari kecintaan seseorang terhadap Allah. Seseorang jika benar-benar cinta kepada Allah, maka kesan cintanya itu akan mendorong dia untuk suka jika orang tersebut taat kepada Allah, dan sebaliknya dia akan bersedih dan berusaha menegurnya jika rakannya itu melakukan dosa. 

Ini tidak bererti jika ia mencintai seseorang kerana tujuan selain itu lalu ia terkeluar daripada iman. Hanya saja sebagai bukti kemanisan iman seseorang ialah jika dia cinta kepada seseorang semata-mata kerana Allah, dan jika ia benci kepada seseorang juga adalah semata-mata kerana Allah. 

3. Benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan kedalam api. 

Mukmin yang hakiki adalah orang yang tidak ragu lagi bahawa sekiranya dia kembali melakukan amal-amal kufur (dosa) setelah ia insaf dan mendapat petunjuk Allah (taufiq) maka tidak mustahil dia akan dilemparkan kedalam api neraka di akhirat nanti. Oleh sebab itu imannya yang mendalam mencegah dia daripada mengulangi lagi dosa-dosa lampau sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api di dunia ini. Dan sebagaimana kebenciannya kalau dirinya akan dihumban ke dalam api yang bernyala-nyala, begitu jugalah darjat kebenciannya jika anaknya, ibu bapanya, isterinya dan saudara maranya akan dilemparkan kedalam api. 

Adakah manusia yang melihat manusia lain, samada dia kenal atau tidak, walaupun musuhnya, yang akan terjatuh ke dalam api lalu dia biarkan tidak segera ditolongnya? Demi perasaan kemanusiaan, biasanya manusia segera akan menolongnya. Betapa kalau pendorongnya justeru keimanan? 

Jadi mukmin yang hakiki bukan saja benci kalau dirinya mengulangi dosa dosa silam, malahan dia juga merasa benci kalau orang lain melakukan dosa, lebih lebih lagi terhadap mereka yang mempunyai hubungan kerabat dengannya. 

Sumber : Al-Nidaa

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar a killer air bag Adap Menyambut Hari Raya adap ziarah adil fitri Advice aging Agong ke 14 air bag Aircon Aizat AJL 2009 aktiviti cuti sekolah Al-Quran dibakar Allah ALOR GAJAH aman palestin Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah Anjing Pencuri Kasut anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty baby eating badak sumbu badminto Bag udara Bahaya Jering bahrin banjir Bantal Peluk Barisan Nasional bas ekspress batu Belacan belanjawaan2011 Belut Masuk Pundi Kencing bencana dunia bendera malaysia Benjy berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli BioMalaysia2010 Biotechcorp bird nest bizarre blogging body art Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia bonds buah pinggang Buang bayi budget2011 Bulan Ramadhan burn cake cd chatting cheating in exam Chinese New Year cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 DAP dataran merdeka kuala lumpur Dato Anuar Ibrahim dato harun din Dato Hassan Ali Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Najib Tun Razak Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 depavali dera diabetes diabetis Diwali djengkolic asid doa akhir awal tahun Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 ekspress senandung timuran Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator Faizal Yusof meninggal dunia faizal yusop festival of lights Financial Planning Fitness and Diet FMM fomca food Friendlyatheist funny Gabenor Negara Gay Sec gempa bumi Gereja gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara hani mohsin Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 hari pengguna 2011 Harimau Malaya Hell hematuria hosni mubarak Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali indentiti makcik hajjah siti al-wuzara Indonesia Info kesihatan internet internet advice Investment iron man islam isreal Isteri curang isteri gersang JAIS jakim jalani misbun jalur gemilang jantung Japanese jatuh bilik air Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya Kalimah Allah Kampen Kurang Gula kanta Kapit Jering Karam Singh Walia kartun politik Katy Lim Li Lian kemalangan ngeri Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan kencing berdarah kepala badak sumbu Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah kg pandan kisah artis kisah tauladan KL KLCC Komen Anda kondom Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan kopi tahi musang KPDNKK kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah Kutuk Pengetua Labu Labi lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci leptospirosis libya Lim Guan Eng lose weight lubang tandas lucah lucy McRae Luwack coffea m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan Madah Bercinta Mak Nyah makam nabi muhammad Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara make decision Make money from hair Malaysia Broadband War malaysia politics Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate mancis mandul Manusia Sampah masalah jantung matahari Maulidur Rasul 2010 mekah Melaka Maju 2010 melayu Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia mesir mobile banking monkey man Motivation muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman Namewee obama P Ramlee pakar kecantikan PAP PAS Pathmanabhan pekak badak Pelancongan Gay pelanggaran Pelatih PLKN pelik tapi benar pembentungan Pen Spinning penang Pencuri Troli pendidik Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 penyakit bawaan tikus Penyakit Umat peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik Perhimpunan Bebas Anwar 901 perhimpunan bersih 2 Peringatan Personal Motivation pertandingan mewarna Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta photos piala dunia 2014 Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 pin girl PKR pluralisme agama politik Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua Resepi resulation Revolusi politik rina rahman rogol roslin hashim sajak Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 Selayang Baru sentul senyum raihan seo seterika sidang video SIngapura siti nurdiana siti nurhaliza senyum Skim Harga Musim Perayaan skmm snowbird Spam Email span Sperma spongebob sprm Statistik Penceraian suami curang Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah sumbang mahram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia syafiah Tahun Baru 2011 tahun baru cina Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui Terima Kasih Tersepit Tip elak kebakaran tip Mengekalkan persahabatan Tip motivasi diri tip perjalanan balik kampung tip rambut Tip Semasa Bersahur Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia tren keretapi TUKAR Tumor tv3 ubah wajah ubat kurap Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 wan azizah wan cek daud Warga Emas Yahudi ziarah raya zina