Semut Rumah : Lihat Mofologi Semut Rumah |
Aduh !! banyaknya semut hitam ini, mana di datang, pantang tinggal makanan langsung !!Begitulah rungutan ibu Dila pada hujung minggu lepas. Biasa ibu sembur dengan `risect' jer, tapi mesti berbau kan. Adakah rumah anda banyak semut juga?. Jawapan senang sahaja, dimana ada makanan disitu biasanya ada semua terutama sekali makanan/minuman yang manis.
Banyak petua untuk menghalau semut ini, cuma hari ini Dila ingin berkongsi cara senang untuk menghalau/mengelakkan semut dari `menyerang dan bersarang' dirumah anda. Ambil kapur tulis ~ macam kapur papan hitam/hijau sekolah tu, dan buat garisan pada lantai atau mana-mana tempat yang sering didatangi semut.Insallah anda akan dapati, semut pasti akan mengelak dari melintasi garisan kapur tersebut.
Jika anda tiada kapur tulis, anda boleh gunakan kulit telur, dimana anda boleh bakar kulit telur sehingga menjadi abu dan taburkan dikawasan laluan semut dan tempat semut berkerumun.
Selain dari itu, anda boleh masukkan bunga cengkih, asam keping atau pun cili kering kedalam bekas gula, ini kerana semut tidak suka bau bunga cengkih, asam keping mahupun cili kering. (Jom baca keluarkan semut dari dalam telinga)
Cubalah senang bukan. Sekiranya tidak juga berjaya anda boleh cuba teknik-teknik lain dibawah ini Halau semut 1, Halau semut 2, Halau semut 3, Halau semut 4, Halau semut 5, Halau semut dalam kereta,
Nota : Semut pasal semut teringat masa kecil-kecil dulu main enjit-enjit semut dan `pancing semut guna batang rumput. ~ Mati semut kerana gula, Mati manusia kerana ???
No comments:
Post a Comment