Assalamualaikum semua..Selamat berpuasa ke hari 16, syukur alhamdulliah kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus menikmat Ramadhan tahun ini.
Lima hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kali ke 53 dan ulangtahun ke 45 pembentukan Malaysia. Pada pengamatan Dila masih sangat kurang orang ramai yang mengibarkan bendera Malaysia sama ada dirumah, kenderaan, permis perniagaan kecuali bangunan-bangunan Kerajaan.
Persoalannya mengapa rakyat kita kurang endah atau tidak perduli untuk mengibarkan bendera / Jalur Gemilang? Mungkinkah ,
1. Tidak ada masa untuk membeli bendera.
2. lunturnya semangat patrotik dan cintakan negara.
3. Tunggu dapat bendera percuma baru nak kibarkan kalau tak dapat tak payahlah.
4. `Apa aku peduli yang penting boleh cari makan dah la '
Dila ingin bertanya kepada anda , tidak terguris perasaan anda melihat jiran tetangga kita : Indonesia yang memijak, membakar bendera kita disaat kita akan menyambut hari kemerdekaan ?? Tindakan mereka itu mengambarkan rakyat Indonesia sangat -sangat MEMBENCI negara kita.(Tidakkah mereka sedar negara mana banyak yang memberi pekerjaan, kepada rakyat mereka ?, Membuat pelaburan berjuta-juta dinegara mereka, Membantu disaat mereka dilanda bencana alam ? Mereka seperti kacang lupakan kulit) [Jangan datang ke Malaysia !! Harap kerajaan bertindak sesuatu]
Sakitnya hati Dila bila mereka bertindak begitu, seolah-olah mereka memijak dan memaki-hamun ibu dan ayah Dila.
Pada Dila sebagai anak yang lahir di Malaysia, Dibesarkan di Malaysia, disekolah di Malaysia, Diberi bantuan pelajaran di Malaysia, Makan dan minum hasil dari bumi Malaysia dan Mencari rezeki di Malaysia.
Memang TIDAK patut untuk tidak turut serta mengibarkan bendera (jalur gemilang) sebagai tanda terima kasih kepada tanahair bertuah ini. (Terima kasih Allah kerana melahirkan Dila di Malaysia !!)
Kepada ibubapa Dila berharap supaya tanamkan semangat patrotik didalam jiwa anak-anak anda dengan bersama-sama mengibarkan bendera, menerangkan bagaimana kita boleh merdeka dari penjajahan British dan membawa mereka bersama-sama menyambut kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos 2010.
Marilah kibarkanlah bendera
dan meraikan hari kemerdekaan yang ke 53
Harapan Dila semoga Malaysia terus aman, maju dan bersatu-padu.
Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
Nota : Sudah pasang bendera dipagar rumah sejak awal puasa lagi !!!