Followers

Search This Blog

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu terus bermandi darah.

Hapuskan penceroboh,  Pertahankan kedaulatan negara
Assalamualaikum, syukur alhamdulliah akhir dapat juga Dila mengemaskini blog Melayubestariku ini. Tambahan pula esok Dila bercuti, jadi malam ini boleh layan blog dan `blog walking' blog rakan-rakan.

Dila percaya dan yakin fokus rakyat, kali ini tertumpu kepada Sabah atau lebih tepat lagi Lahad Datu yang sedang menghadapi krisis pencerobohan militan kesultanan sulu, dan yang paling menyedihkan sudah mengorbankan banyak nyawa baik dari polis dan penceroboh itu sendiri. Dila ingin mengucapkan takziah kepada semua balu dan ahli keluarga yang terlibat.

Tetapi yang paling Dila sedih sikap salah seorang pemimpin pembangkang - PKR yang tidak sensitif langsung dengan kesedihan yang ditanggung oleh balu-balu/ahli keluarga dan rakyat Malaysia amnya. Beliau ialah  naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (baca sejarah hidup Tian Chua ini, kisah Tian Chua kedua), dengan angkuhnya mengatakan semua kejadian di Sabah adalah `sendiwara' atau pun `gimik' politik Barisan Nasional (BN) untuk memancing undi akan datang.

Manakala Anwar Ibrahim (Anwar sengaja bawa pihak luar ceroboh, untuk buat kacau)  pula sedang sibuk nak saman pihak tertentu yang mengaitkan beliau terlibat kes pencerobohan ini. Padahal yang memecahkan tembelang adalah  dari Filipina bukannya dari pihak kita. Dila cadangkan supaya beliau juga saman Filipina.

Andakah anda mahu `wajah' ini menjadi Perdana Menteri Malaysia ??
 Baca berita yang berkaitan dibawah ini,
 Iklan-Iklan

Thursday, November 8, 2012

Dr. Badrulamin Bahron Pendukung Al-Arqam ?

Lihat Biodata Dr. Badrulamin Bahron disini
Assalamualaikum berita penangkapan Dr. Badrulamin Bahron oleh JAIS pada 1 November 2012 yang lalu membuktikan ahli Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pendukung atau lebih tepat lagi penyokong Al-Arqam. Al-Arqam yang telah difatwakan sesat  sejak sekian lama telah dihidupkan kembali oleh pendokong dan penyokong termasuklah Dr. Badrulamin Bahron sendiri.

Persoalannya adakah Dr. Badrulamin Bahron dan semua pendokong/penyokong Al-Arqam sesat ? Ikuti berita penuh dibawah,

USAHA pengikut-pengikut Al-Arqam yang telah diharamkan terus memperingati bekas pemimpin mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad dipercayai sebagai langkah terdesak kumpulan itu untuk menghidupkan semula pergerakan tersebut.

Langkah itu termasuk terus menonjolkan 'kewujudan' Ashaari melalui slogan terbaharu mereka Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib sebagaimana disaksikan dalam program Kenduri Mega Doa Selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pemimpin Al-Arqam itu di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini hujung bulan lalu dan awal bulan ini. 

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penonjolan imej Ashaari yang terus memimpin dilakukan kerana tindakan memberikan laluan kepada isteri Allahyarham, Khatijah Am atau Ummu Jah menjadi peneraju tidak memberi kesan dan menemui kegagalan. 

Ummu Jah juga kini masih terpaksa terus berada di luar negara. 

Utusan Malaysia difahamkan, pada masa ini seolah-seolah berlaku perebutan dalam kalangan penggerak kumpulan yang cuba menghidupkan ajaran Al-Arqam untuk menerajui pergerakan itu. 

Ekoran tiada tokoh yang boleh ditonjolkan, mereka terpaksa menggunakan nama Abuya untuk mengelakkan pergerakan itu berkubur. 

Unit Dakyah, Penyelewengan dan Doktrinisasi JAIS juga dikatakan melakukan pemantauan berterusan terhadap pengikut Al-Arqam dan variasi serta versinya dari semasa ke semasa dengan tindakan agresif akan dilakukan. 

Bukti Al-Arqam dihidupkan semula
Difahamkan JAIS juga kini melakukan pelan tindakan penguatkuasaan yang rapi terhadap kumpulan Syiah. 

''JAIS tidak akan tenang selagi dua kumpulan besar di luar arus perdana ini megah di luar sana dengan membelakangkan sumber hukum Islam, Ijmak dan Qias yang menjadi sumber teras Ahli Sunnah Wal Jamaah di Selangor khususnya dan Malaysia amnya," demikian menurut sumber mengenai laporan penguatkuasaan fatwa negeri Selangor tentang fahaman dan ajaran Al-Arqam dan Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. (SRC). 

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam sidang akhbarnya di sini semalam berkata, pegangan bahawa Ashaari terus memimpin dalam keadaan ghaib adalah antara kesesatan terbaharu kumpulan terbabit. 

''Memang ajaran Al-Arqam sudah difatwakan sesat. Kalau sudah meninggal dunia sudah pasti habis rohnya, jadi hendak keluar memimpin bagaimana mana?'' katanya. 

Beliau mengulas operasi penguatkuasaan program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman Al-Arqam di Dataran Global Ikhwan Celebration Mall, Rawang pada 30,31 Oktober dan 1 November lalu. 

Dalam operasi pada 1 November lalu, JAIS menahan 16 individu di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron. 

Kesemua mereka telah dibebaskan dengan bon jaminan selepas sebutan kes di Mahkamah Syariah Gombak Barat di Kuang pada 2 November lalu dan hakim menetapkan 20 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut. 

Pergerakan Al-Arqam difatwakan haram pada 1995. Pengasasnya, Ashaari,72, meninggal dunia pada 13 Mei 2010 setelah mengalami jangkitan paru-paru dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. 

Marzuki berkata, risikan Bahagian Penguatkuasa JAIS terhadap aktiviti yang dilakukan dalam program berkenaan mendapati wujudnya perbuatan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan Al-Arqam. 

''Berlakunya terlalu banyak perbuatan oleh individu atau kumpulan yang dilihat memberikan kemudahan kepada kumpulan pengikut Al-Arqam dengan cara kerjasama dan menyempurnakan kehadiran mereka pada majlis tersebut," katanya. 

Kata beliau, pihaknya sedang meneliti tindakan yang perlu diambil agar pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut memainkan peranan untuk tidak membenarkan program berkaitan usaha menghidupkan Al-Arqam di kawasan pentadbiran mereka seperti yang berlaku di Rawang tempoh hari.

Dalam pada itu, Marzuki turut mendedahkan bahawa pengikut Al-Arqam dikesan mewujudkan saluran televisyen online untuk mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula fahaman itu.

Saluran yang dibangunkan sejak 2010 itu boleh diakses melalui laman web TV Al-Arqam  dikenali sebagai televisyen Rasulullah, Sayyidi dan Abuya (TVRSA) dengan menggunakan motto Saluran roh suci dan seks suci Islam.

TVRSA bertujuan menyucikan semula roh manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul melalui hiburan yang melindungi pendidikan iman dan Islam, malah pengikut Al-Arqam menganggapnya satu-satunya saluran hiburan yang boleh mendidik roh manusia kepada iman dan Islam kerana isi kandungannya datang daripada Rasulullah, Imam Mahdi (Sayyidi) dan Putera Bani Tamim (Abuya).

Mengenai kenyataan Badrulamin yang mempertikaikan penahanannya, beliau berkata, pemimpin PKR itu disiasat kerana turut hadir dalam Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat sempena ulang tahun keputeraan ke-75 Abuya.

''Mereka yang hadir ke majlis itu boleh disyaki memberikan bantuan kepada kumpulan terbabit menghidupkan semula ajaran Al-Arqam," tegasnya. 

Tambah beliau, ketika serbuan terbabit, JAIS turut merampas 'Buletin Nur Muhammad: Muhammad 2, buku Modul Poligami Indah dari Tuhan dan risalah tertulis Abuya terus memimpin walaupun ghaib.

Katanya, kandungan buletin tersebut juga didapati mempunyai unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam apabila salah satu edisi keluarannya menyiarkan ilustrasi wajah empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali Abu Talib.

Mengenai status Global Ikhwan sama ada perlu diharamkan sebagaimana SRC sebelum ini, beliau berkata, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengharamkan syarikat itu jika siasatan mendapati ia menjalankan perniagaan yang menyokong Al-Arqam. Berita selanjutnya disini

Iklan Pendek    
Bacaan Al-Quran Online

Sunday, June 26, 2011

Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 - Satu lagi Jarum CIA Amerika








Assalamualaikum, nampaknya ramai orang heboh  memperkatakan mengenai perhimpunan bersih yang dikatakan akan dilakukan pada 9 Julai 2011, iaitu 13 hari lagi.  

Perhimpunan yang  diketuai  3 kompenan Parti Pembangkang iaitu PAS, DAP & Keadilan (lihat http://bersih.org) dikatakan akan diadakan disekitar Kuala Lumpur. Pengerusi Bersih ialah Ambiga Sreenevasan (penguam Lia Joy,IFC & Isu Murtad)  dan Mat Sabu (PAS) sebagai timbalan pengerusi.

Berikut beberapa kesimpulan yang boleh dibuat,

1. Perhimpunan ini merupakan alat untuk mengukur sokongan rakyat kepada parti Pembangkang dalam menghadapi pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).

2. Menimbulkan rasa kebenciaan rakyat kepada kerajaan dan sengaja mengaburi mata rakyat dari melihat kejayaan dan prestasi baik kerajaan BN.

3. Menimbulkan suasana resah gelisah dan huru-hara didalam negara dan mencemarkan imej negara dimata dunia.

4. Merupakan senjata Anwar Ibrahim untuk mengaburi (`cover-up) kes - kes mahkamahnya yang sengaja dipanjang-panjang oleh beliau dengan mengkudakan rakyat yang majoritinya orang melayu untuk pergi menyertainya dijalanan (mana orang cina??, india?? - mungkin bertepuk tangan bersama keluarga dihadapan television dirumah)


Dari penelitian yang dibuat juga didapati perhimpunan ini selain mendapat dana dari dalam negara tetapi juga mendapat dana secara langsung dari NDI (National Democratic Institute) dibawah program `Endowment for democracy' yang dipengerusikan oleh Madeleine K. Albright. Organisasi ini juga didapati mempunyai hubungan dengan pihak Yahudi.  Sila teliti video dibawah ini,


Pada Dila semua perhimpunan membuang masa dan mengambarkan KEBODOHAN orang melayu islam itu sendiri (maaf kerana kekasaran bahasa ini), mengapa Dila kata begitu ?  sebabnya ramai yang menyertai perhimpunan ini majoritinya orang Melayu dan islam dari parti PAS dan Keadilan.  Buktinya, laman web http://www.malaysiakini.com/news/164745: PAS dikatakan berjaya mengumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini.

Berdasarkan bukti dana yang diterima juga jelas menunjukkan peranan CIA & Yahudi dalam mencorakkan landskap politik di Malaysia supaya selari dengan kehendak mereka. Agaknya siapalah yang mengisi borang permohonan dana ?  Tak lain tidak bukan kalau bukan hamba suruhan mereka : ANUAR IBRAHIM & Ambiga Sreenevasan.

Setakat semalam 25 Jun 2011, polis sudah menerima 1,900 laporan yang meminta pihak polis menyekat dan menghalang perhimpunan haram ini. Jika anda lihat  You Tube, keadaan hodoh pelaku demo dirakam sehingga membakar kenderaan polis, merosakkan ambulans dan menyerang apa sahaja jenis harta benda awam. Persoalannya bolehkan ini dikatakan perhimpunan Bersih sedangkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga tidak boleh mengawal pengikutnya?. Apa jaminannya  harta awam dan nyawa manusia yang bakal melayang dalam tunjuk perasaan ini ?

Akta ISA patut digunakan dalam hal ini, kerana mencegah lebih baik dari merawat. Pihak KDN perlu lebih tegas kepada penganjur Bersih. Jika tidak negara akan berdepan dengan situasi yang sama seperti Mesir dan lain-lain negara Arab.
Pada Dila senang sahaja semua perkara didalam dunia ini berlaku mesti ada sebab musababnya begitu juga dengan perhimpunan bersih ini. Jawapannya senang sahaja untuk alihkan tumpuan rakyat dari kes Video Seksnya diMahkamah pada 16 Julai 2011. Pada tarikh tersebut beliau dikehendaki memberi keterangan yang beliau tidak ada masa kejadian, sedangkan bukti DNA membuktikan yang beliau ada disitu. Itu sahaja sebabnya.

Dila menyeru kepada semua orang Melayu yang masih punya ada hati & fikiran yang waras supaya jangan mengikuti perhimpunan bersih 2.0. Lebih baik anda guna masa tersebut untuk membersihkan dalam dan persekitaran rumah supaya bersih dari tempat pembiakan nyamuk Aedes !!.


Kepada Anuar Ibrahim cukup-cukuplah jangan libatkan orang melayu dengan masalah anda dan jangan korbankan maruah bangsa dan negara kepada musuh ISLAM.

Ikuti pula komen Dato Ibrahim Ali,

!

Tuesday, November 30, 2010

Apakah Yang Anda Faham Mengenai Ketuanan Melayu ?



Sebelum Dila mengupas tajuk diatas, Dila ingin bertanya kepada anda ` Apakah Yang Anda Faham Mengenai Ketuanan Melayu". Memang susah hendak menjawap lebih-lebih dari generasi muda seperti Dila.

Secara ringkasnya ketuanan Melayu  ialah suatu kontrak sosial dimana ianya merupakan timbal-balik kepada kesanggupan dan kesediaan orang melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), yang mana itu merupakan prasyarat pihak British sebelum memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Ketuanan tidak bermaksud Orang melayu  menjadi Tuan di Tanah Melayu (Malaysia). dan menganggap bangsa-bangsa lain sebagai pendatang. 

Tetapi sebalik mempertahankan segala perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia)  perkara 153  (quid pro quo) mengenai hak-hak keistimewaan yang diberikan orang melayu diantaranya seperti agama islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, status raja-raja melayu dan sebagainya.

Banyak parti-parti yang`mempolitikkan' dan `meretorikkan' dengan mensensasikan isu ketuanan melayu ini dengan tujuan mendapat undi dan membawa kepada perselisihan kaum  seperti tragedi pada 13 Mei 1969 . Diantaranya ialah parti Parti Tindakan Rakyat - PAP  pada tahun 60an, Parti Demokratik Rakyat (DAP), Parti Keadilan Rakyat dan sebagainya. Contohnya : Penggunaan kalimah Allah, mempersendakan insitusi-insitusi Raja-Raja dan sebagainya.

Diantara pendekatan yang diambil oleh kerajaan  untuk mengatasi isu diatas ialah dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Bangsa Malaysia, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya.

Dila berharap dengan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai ketuanan melayu yang betul. Jangan mudah kita terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang seperti PKR dan DAP. Fikirlah  dengan waras. 

`Janganlah kerana agenda politik/peribadi sanggup pengkhianat kepada bangsa sendiri.'




Sekiranya anda mempunyai komen atau penambahan maklumat mengenai ketuanan melayu anda dipersilakan untuk komen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina