Biodata Tokoh Maal Hijrah : Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz .
Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Ogos 1947 dan merupakan anak tunggal kepada Profesor Dirajal Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa diMalaysia malah Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Pada tahun 1970 beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada tahun 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training &Research Centre) pada tahun 1970m hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 Sep 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ke dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004. Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.
Kenali Gabenor-Gabenor Bank Negara Malaysia dan tandatangan mereka ? sila lawati blog ini : My-koleksi
p/s : Tahniah !! Hidup wanita. Agaknya boleh tak Dila jadi calon ` Tokoh Maal Hijrah' ?
No comments:
Post a Comment