Followers

Search This Blog

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Politik : Gempak Anuar Ibrahim 9 Januari 2012

`banner' Anwar Ibrahim 

Assalamualaikum semua orang tahu mengenai operasi '901 Free Anwar, iaitu pada tarikh itu Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak dalam kes meliwat Saiful Bahri.

Dengar cerita Azmin Ali telah diberi `KPI' oleh Anwar Ibrahim untuk membawa 100,000 penyokong fanatik `bersiap sedia' untuk `mengempur' ` memprovokasi' `berlakon' dan sebagainya sekiranya Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada Anwar Ibrahim.

Ada desas-desus mengatakan penyokong `postpaid' ini  akan datang dari Pematang Pauh dan sekitar Kuala Lumpur. Apa-apa pun kita lihat sahajalah nanti kesudahannya.  Dila berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi kali ini amat penting bagi Anwar Ibrahim  bagi karier politiknya memandang faktor usia yang telah pun lanjut dan maruah/kretibiliti parti PKR . Andai kata Mahkamah Tinggi memutuskan bersalah, beliau boleh membuat rayuan dan ini akan `menipiskan' bahkan boleh menamatkan  karier politiknya. Tetapi jika sebaliknya Dila yakin penyokong-penyokong beliau  pasti akan membuat kecoh juga.
  
Pihak pasukan keselamatan seperti Polis dikatakan telah bersiap  24jam bagi mencegah dan mengawal penyokong-penyokong Anwar ini. Seperti yang kita saksikan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kebanyakan orang turun adalah orang dari PAS dan cuba segelintir dari parti DAP. Tapi kali dijangka berbeza dimana golongan `MAHASISWA/SI' (ada setengah mengatakan MAHASEWEL !! - bukan Dila yang kata tau sebab Dila pun MAHASIWSI juga !)  akan lebih ramai turun. Nampaknya Anwar sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi golongan MAHASIWA/SI.
Amaran POLIS

Berita Dari Kuala Lumpur
Polis sudah membuat persediaan rapi untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan berlaku jika penyokong pembangkang meneruskan rancangan mengadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sentiasa bersedia 24 jam untuk menangani masalah jenayah dan apa sahaja situasi yang boleh mengugat keselamatan negara.


Beliau berkata, tahap kesiapsiagaan itu akan dipertingkatkan lagi jika berlaku ancaman daripada pihak tertentu seperti mereka yang mahu menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.


"Kita sentiasa bersedia (menjaga keselamatan) dalam tempoh 24 jam, cuma persiapan lebih daripada biasa akan dilakukan menjelang 9 Januari ini.


"Ini kerana menjaga keselamatan merupakan proses biasa, kerja polis. Namun, apa yang kita laku (tindakan) tidak perlulah dimaklumkan kepada orang ramai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.


Menurut Mohmad, apa sahaja tindakan diambil adalah bergantung kepada situasi berlaku pada 9 Januari ini termasuklah keperluan menempatkan anggota untuk berkawal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.


Dalam pada itu, ujarnya, sehingga semalam, sebanyak 336 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang membantah usaha pihak tertentu mengajak orang ramai menyertai kempen tersebut setakat ini.


Katanya, laporan polis yang bertambah sekali ganda itu menunjukkan ramai pihak di negara ini tidak menyokong kempen berkenaan.


"Berdasarkan jumlah laporan diterima, maka saya ingin nasihatkan pihak yang mahu menyertai perhimpunan itu supaya membatalkan hasrat tersebut.


"Apa gunanya mempertikaikan sistem perundangan yang sudah diguna pakai dan dipersetujui oleh semua pihak sedangkan perbuatan itu tidak memberi manfaat dan boleh menjejaskan kestabilan negara," ujarnya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
Nota : Jangan turun KL, kalau `shopping' baik pergi Nilai jer !!

 Ini lawak Anwar Ibrahim,

Tuesday, August 10, 2010

Nasib Orang `Kita' Di Pulau Pinang ..

Kasihan Dilah dengar cerita yang mengenai  `nasib' peniaga melayu di Pulau Pinang yang tidak  dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sempena kedatangan bulan puasa.

Dengar khabarnya kontrak dah habis (sila rujuk surat dibawah). Nampak bersoraklah  Kerajaan Sosialis DAP dibawah pimpinan Guan Eng. Itulah akibatnya kalau kita berpecah dan berbalah antara satu sama lain. Sempena kedatangan bulan Ramadhan Dila berharap dan berdoa supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada orang melayu terutama sekali pemimpin parti-parti yang majoritinya orang Melayu supaya kembali  bersatu-padu atas nama ISLAM.




Dikesempatan ini juga Dila merayu supaya orang melayu yang berumur 21 tahun keatas supaya daftar mengundi (Sila klik disini : http://www.spr.gov.my )  supaya tidak hak asasi kita tidak hilang.




 


Surat diatas menunjukan tidak  tolak ansur langsung. Memang zalim !!!!



Ini merupakan artikel dari mengenai bagaimana Guan Eng menjadikan Pulau Pinang Seperti Singapura.

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita P

ulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.

Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.

Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.

Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .

Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.

Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.

Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”

Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.

Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.

Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .

Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!! 

Friday, December 11, 2009

DAP Semakin Kurang AJAR kepada ISLAM & MELAYU


Nampaknya parti DAP semakin berani menunjukan `TARING' dengan menimbulkan isu-isu sensitif seperti mempersoalkan pembinaan masjid, hak orang Melayu, Chin Peng, tulisan jawi dan beberapa isu yang lain.

Pada pendapat Dila, kerajaan terlalu berlembut dengan mereka, sepatutnya kita tidak patut `beri muka' kepada mereka. Jika mereka tidak diajar, tidak mustahil satu hari nanti bukan setakat `bulan & bintang' tidak boleh dipasang dikubah masjid, mereka akan menghapuskan terus islam di tanahair kita yang tercinta ini.
Gunakan segala undang-undang yang ada untuk `mengajar' mereka tanpa ragu-ragu contohnya ISA dan sebagainya.

Apa yang Dila sangat kesalkan ialah adalah ada setengah orang `kita' yang mengaku `tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah' sanggup menyokong dan `backing' tindakan / kenyataan pemimpin DAP ini atas desakan politik. Cuba lihat video dibawah ini,



Dila ingin menyeru kepada pemimpin `kita' dan semua pembaca islam (tanpa mengira keturunan/bangsa anda) supaya bersatu hati untuk menentang kepada sesiapa sahaja (terutamanya DAP) yang cuba memperlekehkan islam dan melayu. Bak kata rancangan kanak-kanak wonderpets ` APA YANG PENTING KERJASAMA'.




Dila :
Cuba teka siapa yang `backing' DAP ?? Sila komen..
: Sokong parti yang pelihara Islam!!

Sila Melihat Topik Yang lain Disini
, Petua Orang Dulu-Dulu
Hangat Dengan Topik Semasa ,
Peluang Perniagaan Online HALAL
Minat Dengan Adsense ? & Isu-Isu Wanita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina