Followers

Search This Blog

Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info kesihatan. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Adakah Anda Suka ` Chicken Wing' ?


Emmm Sedapnya `Chicken Wing Black Pepper' ini. Nak resepi ?

Amboi sedapnya ` Chicken Wing' atau kepak ayam kan .. Tapi awas kerana ianya boleh menggalakkan ketumbuhan dalam rahim kepada wanita. ! 

Ini kerana kebanyakan ayam-ayam sekarang disuntik dengan steroid untuk pertumbuhan ayam terutama dibahagian kepak atau leher. Ini menyebabkan bahagian kepak atau leher mempunyai kepekatan steroid yang tinggi.

Ikuti kisah benar dibawah ini, 

Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Doktor pun menerangkan mengenai aktiviti suntikan steroid oleh penternak ayam untuk mempercepatkan pembesaran ayam.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Kalau anda ingin tahu bahagian ayam yang boleh dimakan sila dengar lagu ini dan jangan lupa ambil resepi sekali.




Komen : Memang suka makan `chicken wing' kalau gi KFC.. lepas ini tak mau la..

Friday, February 10, 2012

Kesihatan : Bayi Cerdas Jika Ibu Hamil Setiap Dua Tahun

Dalam kajian di Univerisiti Notredame Amerika Syarikat mendapati dua orang anak yang lahir dalam jarak 2 tahun akan cenderung untuk cerdas. Ini kerana jarak kelahiran kurang dua tahun akan berhadapan dengan masalah perhatian dan asuhan. 

Dalam kajian yang sama juga mendapati 5,000 pasangan adik beradik berbeza usia dua tahun itu didapati mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian matematik. Oleh itu kepada pasangan yang merancang kehamilan patut mengambil kira kajian dari Amerika Syarikat.

Wednesday, December 21, 2011

Mesin Paling Hebat Didunia



Alhamdulliah syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan  kepada Dila untuk mengemaskinikan blog ini. Kali ini Dila ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai jantung kita. Tahukan anda semua yang jantung didalam badan kita ini merupakan satu mesin yang hebat , yang telah diciptakan oleh Allah. Mengapa Dila kata hebat cuba lihat dan renungi fakta-fakta dibawah ini,

  1. Jantung tidak pernah berhenti ` bekerja' sepanjang umur manusia.
  2. Jantung terdiri daripada otot miokardium yang sangat kuat sehingga boleh mengangkat bebanan seberat1.361 tan. 
  3. Jantung berdegup diantara 35juta kali setahun atau dengan lebih mudah sebanyak 100,000 degupan  sehari.Ini cukup untuk memancutkan darah sejauh 30kaki.
  4. Jantung merupakan organ pertama terbentuk selepas 19 hari semasa didalam peringkat embrio.
  5. Jantung hanya 311gm tapi mampu mengepam 7580 liter darah melalui 96,558 km salur darah setiap hari !
  6. Jantung perempuan berdegup lebih pantas dari jantung lelaki. Lelaki 70 kali seminit manakala perempuan 78 kali seminit.
  7. Bunyi degupan jantung disebabkan oleh empat injap jantung menutup
     Maklumat lain berkaitan dengan jantung.
  1. Stetoskop dicipta pada oleh pakar bedah Rene Laennec (1781 - 1826).
  2. Permindahan jantung pertama berlaku pada tahun 1967 di Cape Town Afika Selatan 
  3. Elektrokardiogram (ECG) telah dicipta pada tahun 1902 untuk menguji kadar dengupan jantung
  4. Ketawa amat baik untuk jantung kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ini baik untuk kesihatan jantung.
 Mari kita lihat jantung kita berfungsi dalam 3D,


Cuba anda bayangkan jika jantung berhenti dari berdegup dengan tiba-tiba ? Fenomena ini dinamakan `Sudden Death' atau Mati Mengejut. Fenomena ini berlaku apabila salur darah dipermukaan jantung (salur darah koronari) tersumbat secara tiba-tiba.  Setakat yang Dila tahu diantara yang menjadi mangsa fenomena mati mengejut ialah seperti,

1. Faizal Yusop - Januari 2011
2. Ustaz Asri Rabani - Ogos 2009
3. Hani Mohsin Hanafi - Julai 2006

Awas siapa tahu mungkin anda mangsa seterusnya !!! Jaga pemakanan dan amalan anda. Ingin tahu maklumat lanjut mengenai jantung anda sila klik JANTUNG ANDA 

Wednesday, November 16, 2011

Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah.

Adakah anda mengalami simptom-simpton seperti ini,
  1. Sakit kepala , 
  2. kemerosotan daya tumpuan dan ingatan, 
  3. cepat letih, 
  4. selera makan yang meningkat 
  5. ketagihan makanan yang manis
Jika Ya, anda mengalami masalah ketidakseimbangan gula didalam darah atau dengan kata mudah - penyakit kencing manis / diabetis .

Ini berlaku apabila insulin anda gagal atau  kurang effisin didalam mengawal gula atau glukosa didalam badan supaya dalam keadaan normal. 
Seperti yang kita semua sedia maklum insulin merupakan hormon yang bertanggungjawap dalam mengawal paras glukosa dalam tubuh kita.

Diantara faktor-faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan gula dalam darah,
  1. Mengambil diet yang mengandungi kabohidrat atau  yang tinggi, 
  2. Gaya hidup yang tidak aktif
  3. Berat badan yang  berlebihan
  4. Stress
  5. Genetik
Anda perlu untuk mengawal paras gula kerana dalam jangka masa yang panjang anda akan mengalami masalah seperti,
  1. Kerosakan saraf
  2. Penglihatan semakin kabur
  3. Penyakit kardiovaskular
Untuk menguji sama ada anda mengalami masalah ini atau tidak sila jawap soalan dibawah dengan jujur,
1. Adakah anda sering berpeluh tanda sebab ?
2. Adalah anda sering mengambil makanan manis atau minuman bergas setiap hari ?
3. Adakah tangan dan kaki anda sering kesejukan ?
4. Adakah anda sering sakit kepala?
5. Adakah anda ketagihan kopi,teh atau makanan manis pada waktu tengahari?
6. Apabila anda tidak makan beberapa jam 
  • Anda pening atau mengeletar
  • Mudah tersinggung
  • Keletihan dan tidak boleh berfikir
Jika anda menjawap YA ,

5 atau lebih  -  Anda mengalami ketidakseimbangan gula
3- 4             -  Kemungkinan  mengalami masalah  ketidakseimbangan gula 
                         atau juga `food intolerance"
0-2              -  Anda bebas dari masalah ketidakseimbangan gula

Nota kaki : Anda digalakkan membeli mesin mengukur gula, bolehlah `test' hari-hari.

Monday, July 18, 2011

Jering ..Oh Jering !!! Baik dan Buruknya

 Buah Jering Bersama Kulit

 Pokok Jering

Buah Jering Yang Dibuang Kulit

Anda suka jering ? Teringat dulu atuk & nenek suka benar makan jering. Apa tidaknya pokok sebelah rumah.  Punyalah banyak siap boleh jual lagi. 

Dila tidak berapa suka makan jering ini, yerlah rasanya pun tak sedap, kalau buang air kencing hancing iskkk. Walaubagaimana pun, jering adalah makanan kegemaran orang melayu dari zaman dahulu lagi. Di samping itu jering mempunyai banyak zat makanan yang diperlukan oleh badan dan juga di jadikan penawar bagi pengidap penyakit kencing manis kerana menurut pakar perubatan jering mempunyai sebatian alkoloid yang dapat meneuralkan gula dalam darah.

Kalau ikut nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak. Biasanya orang Minang memang suka buat sambal jering dan masak lemak.

Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil.  Tapi AWAS jika anda makan jering telalu banyak boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran buang air kecil atau dikenali sebagai ` Kapit Jering'. Ini kerana mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing dan boleh merosakkan fungsi buah pinggang.  Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk memasak jering sama ada direbus atau dimasak lemak kerana ini boleh mengurangkan asid jengkolik. Sumber : Bernama

Kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang dinasihatkan supaya tidak makan jering. Berikut beberapa perkara yang menggunakan perkataan jering,


(Sebut betul-betul nanti ke lesing !!)



Thursday, November 18, 2010

Awas Jika Kencing Anda Berdarah




Rapid Response 10 Parameter (10SG) Urinalysis Reagent Test Strips, 100 Strips/BottleAZO Urinary Tract Infection Test Strips, 3-Count Boxes (Pack of 2)

Apa perasaan anda jika melihat terdapat darah dalam air kencing anda? . Mesti anda takut bukan. Dila pun pernah mengalami dululah `gabra' gila, tapi alhamdulliah sekarang tidak lagi.

Untuk pengetahuan pembaca semua gejala darah dalam air kencing ini dikenali sebagai `hematuria'. Hematuria ada dua jenis  iaitu `Gross Hematuria' -  dimana anda boleh lihat dengan darah dalam air kencing dengan jelas manakala  lagi satu lagi kenali sebagai  `Microscopic Hematuria' anda tidak boleh lihat, ianya hanya boleh dikesan dengan `urine test kit - Urinalysis Reagent Test' atau dengan mikroskop dimakmal. 

Penyebab-Penyebab Hematuria.
1. Jangkitan disaluran Urine 
Merupakan  penyebab yang biasa terutamanya dikalangan wanita berbanding lelaki. Ia berlaku apabila bakteria memasuki tubuh melalui tiub uretra. Pesakit akan berasa sakit dan panas semasa kencing dan air kencing berbau kuat.

2. Batu Karang dalam buah pinggang  atau pundi kencing.
Mineral dalam air kencing yang telah sejat kadangkala akan mendak keluar, membentuk hablur pada dinding-dinding buah pinggang atau pundi. Lama-kelamaan hablur-hablur ini boleh menjadi batu kecil dan keras dan menyebabkan penyumbatan ketika membuang air.
Batu karang ini boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan yang amat sangat.

3. Prostat membesar
 Kelenjar prostat yang terletak dibawah pundi dan mengelilingi bahagian atas uretra mula membesar apabila lelaki memasuki usia pertengahan. Apabila kelenjar membesar ia akan menekan uretra dan boleh menghalang sebahagian pengerakan air kencing dan menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan.

4. Jangkitan atau penyakit pada buah pinggang
Ini berlaku jika bakteria memasuki buah pinggang melalui aliran darah atau bergerak keatas melalui saluran ureter iaitu sepasang saluran yang mengalirkan air kencing dari pelvis ginjal ke pundi kencing). Pesakit akan mengalami gejala seperti kerap buang air kecil, rasa kebas, air kencing berbau,  dan demam

5. Ubat-Ubatan 
Diantara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing berdarah seperti aspirin, penisilin, heparin, dan ubat anti barah seperti `cyclophosphamide'.

6. Senaman Berat
Senaman yang terlalu berat boleh menyebabkan trauma pada pundi kencing, dehidrasi iaitu pemecahan sel-sel merah. 

## Sekiranya anda mengalami penyakit diatas, sila SEGERA berjumpa doktor. Jangan segan dan malu.

Diantara petua yang boleh elak kencing berdarah ialah  melawaskan kencing seperti dibawah,
1. Minum air basuhan beras
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.
 
2. Minum air barli
 Ambil sengengam barli dan rebus hingga kembang kemudian masukkan sedikit garam. Minum setiap hari. Ini akan melawaskan kencing anda. Anda juga dinasihatkan banyak minum air kosong/ air putih sekurang-kurang 8-10 gelas sehari dan kurang minum air bergas. Selain dari itu, juga buah tembikai boleh melawaskan kencing.

Diantara herba yang boleh ambil untuk merawat penyakit diatas ialah pokok geleng sila rujuk http://wannura.wordpress.com untuk maklumat lanjut. Sila lihat video dibawah untuk lebih faham,







Tuesday, May 4, 2010

Kacang Soya - Makanan Kesihatan



 Soymilk Maker - SoyQuick Automatic Soy Milk Maker SDZ-4Soy Milk Maker - SoyQuick Automatic Soymilk Maker - Model SDZ-4 (3 machines)

Kacang Soya (glycine max) sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70cm. Bunganya berbentuk gumpalan berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun kedua-duanya.

Kacang soya adalah legume berprotien tinggi yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa jepun shoyu (kicap).

I dianggap sebagai sumber protein lengkap aiaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh manusia ini kerana tubuh manusia tidak boleh menghasilkannya. Oleh sebab itu pengambilan kacang soya amat penting bagi pengamal vegetarian.

Kacang soya boleh diproses dengan berbagai cara seperti tepung soya, tauhu, tempe, air soya, soya lesitin dan sebagai minyak sayuran selain itu juga kacang soya merupakan bahan utama dalam pembuatan kicap. 

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya,yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Walaubagaimanapun hasil-hasil soya tidak mempunyai kalsium yang banyak, dengan itu pengeluar produk soya memperkayakan dengan kalsium.

Kebaikan Kacang Soya.
1. Makanan seimbang yang baik dan murah daripada daging, susu dan telur
2. Mengandungi 50% protein bagi setiap 100gm kacang soya. Ini adalah dua kali ganda dari 
     kacang tanah dan 11 kali ganda dari susu dan tiga kali ganda dari telur.
3. Kaya dengan mineral sperti kalsium,sodium, magnesium,zat besi dan fosforus
4. Kaya dengan vitamin A,B,C,D dan lesitin.
5. Boleh dijadikan penganti susu bagi bayi yang alahan kepada susu lembu.
6. Protiennya boleh mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung
7. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein ini amat sesuai pesakit 
    jantung dan kencing manis.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini

Untuk video cara membuat air soya dan tau foo fah sila lihat dibawah,

p/s : Hari-Hari minum soya ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina