Alhamdulliah syukur kepada Allah yang telah memberi kesempatan kepada Dila untuk mengemaskinikan blog ini. Kali ini Dila ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai jantung kita. Tahukan anda semua yang jantung didalam badan kita ini merupakan satu mesin yang hebat , yang telah diciptakan oleh Allah. Mengapa Dila kata hebat cuba lihat dan renungi fakta-fakta dibawah ini,
- Jantung tidak pernah berhenti ` bekerja' sepanjang umur manusia.
- Jantung terdiri daripada otot miokardium yang sangat kuat sehingga boleh mengangkat bebanan seberat1.361 tan.
- Jantung berdegup diantara 35juta kali setahun atau dengan lebih mudah sebanyak 100,000 degupan sehari.Ini cukup untuk memancutkan darah sejauh 30kaki.
- Jantung merupakan organ pertama terbentuk selepas 19 hari semasa didalam peringkat embrio.
- Jantung hanya 311gm tapi mampu mengepam 7580 liter darah melalui 96,558 km salur darah setiap hari !
- Jantung perempuan berdegup lebih pantas dari jantung lelaki. Lelaki 70 kali seminit manakala perempuan 78 kali seminit.
- Bunyi degupan jantung disebabkan oleh empat injap jantung menutup
Maklumat lain berkaitan dengan jantung.
- Stetoskop dicipta pada oleh pakar bedah Rene Laennec (1781 - 1826).
- Permindahan jantung pertama berlaku pada tahun 1967 di Cape Town Afika Selatan
- Elektrokardiogram (ECG) telah dicipta pada tahun 1902 untuk menguji kadar dengupan jantung
- Ketawa amat baik untuk jantung kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ini baik untuk kesihatan jantung.
Mari kita lihat jantung kita berfungsi dalam 3D,
Cuba anda bayangkan jika jantung berhenti dari berdegup dengan tiba-tiba ? Fenomena ini dinamakan `Sudden Death' atau Mati Mengejut. Fenomena ini berlaku apabila salur darah dipermukaan jantung (salur darah koronari) tersumbat secara tiba-tiba. Setakat yang Dila tahu diantara yang menjadi mangsa fenomena mati mengejut ialah seperti,
1. Faizal Yusop - Januari 2011
2. Ustaz Asri Rabani - Ogos 2009
3. Hani Mohsin Hanafi - Julai 2006
Awas siapa tahu mungkin anda mangsa seterusnya !!! Jaga pemakanan dan amalan anda. Ingin tahu maklumat lanjut mengenai jantung anda sila klik JANTUNG ANDA
No comments:
Post a Comment