Assalamualaikum semua, sempena menyambut tahun baru 2012 malam nanti, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah mengadakan `Karnival KPKK' bermula pada hari ini 31.12.2011 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi tadi hinggalah jam 1.00 pagi 1.1.2012.
Banyak sungguh program yang disediakan bermula dengan senaman pagi, gerai-gerai jualan, pameran, konsert, demonstrasi seni dan macam-macam lagi. Memang `best'lah dari pagi hingga malam tu. Dila memang tak sempat nak datang sebab ada saudara buat kenduri kahwin.
Sebut mengenai sambutan tahun baru 2012, (kira-kira 14 jam dari sekarang). Dila ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca (follower) yang telah memberi sokongan blog Melayubestariku ini.
Akhir kata dari Dila ` SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012, SEMOGA ANDA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH ... AMIN !!
No comments:
Post a Comment