Buah Jering Bersama Kulit
Pokok Jering
Buah Jering Yang Dibuang Kulit
Anda suka jering ? Teringat dulu atuk & nenek suka benar makan jering. Apa tidaknya pokok sebelah rumah. Punyalah banyak siap boleh jual lagi.
Dila tidak berapa suka makan jering ini, yerlah rasanya pun tak sedap, kalau buang air kencing hancing iskkk. Walaubagaimana pun, jering adalah makanan kegemaran orang melayu dari zaman dahulu lagi. Di samping itu jering mempunyai banyak zat makanan yang diperlukan oleh badan dan juga di jadikan penawar bagi pengidap penyakit kencing manis kerana menurut pakar perubatan jering mempunyai sebatian alkoloid yang dapat meneuralkan gula dalam darah.
Kalau ikut nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak. Biasanya orang Minang memang suka buat sambal jering dan masak lemak.
Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tapi AWAS jika anda makan jering telalu banyak boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran buang air kecil atau dikenali sebagai ` Kapit Jering'. Ini kerana mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing dan boleh merosakkan fungsi buah pinggang. Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk memasak jering sama ada direbus atau dimasak lemak kerana ini boleh mengurangkan asid jengkolik. Sumber : Bernama
Kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang dinasihatkan supaya tidak makan jering. Berikut beberapa perkara yang menggunakan perkataan jering,
Filem ` Tangkai Jering'
Tangkai jering : Haji Bakhil Bin Kedut @ Udo Omar
(Sebut betul-betul nanti ke lesing !!)