Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!”
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….”
Pangggggggggggggggggggg….! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
Ini berita dari Kuala Lumpur kisah `frust menonggeng' akibat putus cinta. Kepada sesiapa yang putus cinta bolehlah cuba petua ini he he he..
Kuala Lumpur : Gara-gara putus cinta, seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak nekad cuba membunuh diri dengan meminum sebotol ubat kurap di rumahnya, di Kampung Cheras Baru, di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit hilang pertimbangan sebaik kekasihnya itu enggan meneruskan percintaan yang terjalin sejak dua tahun lalu. Lelaki terbabit juga dikatakan sudah berbincang dengan keluarganya untuk meminang gadis berkenaan. Kejadian bermula jam 4 petang, apabila wanita berusia awal 20-an itu dikatakan menghubungi suspek sebelum meminta hubungan mereka diputuskan tanpa sebab sebelum dia mematikan telefon. Ketika kejadian, suspek yang berada di rumahnya segera menghubungi kekasihnya untuk mendapatkan penjelasan tetapi gagal.
Suspek kemudian bergegas ke rumah kekasihnya itu, namun gadis terbabit masih enggan berjumpanya. Sumber berkata, suspek menjerit-jerit di hadapan rumah gadis berkenaan sebelum mengugut membunuh diri sekiranya kekasihnya itu masih berkeras untuk tidak bertemu dengannya. “Selepas lebih sejam menunggu, suspek mengalah dan kembali ke rumahnya dengan perasaan marah selain kecewa,” katanya.
Difahamkan, sebaik tiba di rumah, suspek berulang kali berusaha menghubungi kekasihnya itu namun gagal. Dia hilang kawalan bertindak minum sebotol ubat kurap di biliknya.
Difahamkan, sebaik minum ubat kurap suspek menggelupur menahan kesakitan sebelum muntah dan tidak sedarkan diri. Sumber berkata, suspek bernasib baik kerana tindakannya itu disedari keluarganya yang menghubungi pihak hospital. Selepas beberapa minit kemudian, ambulans tiba dan suspek dibawa ke Hospital Ampang, di sini, untuk diberikan rawatan kecemasan. Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan difahamkan keadaannya sudah stabil.
Sehubungan itu, pegawai perubatan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Dila : Patut kekasihnya `lari' sebab dia baru tahu boyfriendnya itu ada KURAP ...He He He
Tips Diet Alami Paling Jitu
-
Panduan Diet Yang Benar
Janganlah makan pada malam hari
Belajarlah buat disiplin, apastikan anda tak konsumsi apa pun sesudah jam
19. 00. cara diet sehat d...
Segera Masuk Ke Dalam Akaun Anda Setiap Minit
-
Bukan jual produk, bukan cari pembeli…hanya online facebook..follow TEKNIK
dberi sahaja…. Pendapatan harian..komisen 100% terus ke account bank anda…
MAH...
Pengasuh Hempas Bayi Diburu
-
Assalamualaikum semua, Ini pula mengenai kes deraan bayi, dimana bayi
digoncang dan dihempas oleh seorang pengaruh dipusat jagaan kanak kanak.
Belum oun re...
PATI DELIMA GULSAN
-
*Harga : RM18.00 shj (250ml) *
* Anda Berminat dan Ingin Order ? *
* A. Sekiranya anda membeli, email kepada saya : *
*prebizent@gmail.co...
Pengumuman penting - Facebook Elizatrading
-
Assalamualaikum dan selamat awal pagi,
Pihak elizatrading ingin memohon maaf kerana agak lama tidak update blog
ini kerana kesuntukan masa. Walaubagaiman...
Man dies of Ebola in Texa
-
A Liberian man who was the first person diagnosed with Ebola outside of
West Africa died in a Texas hospital Wednesday, as Washington stepped up
airport...
The World's Heaviest Human Died - Manuel Uribe
-
* Manuel Uribe Garza* (11 June 1965 – 26 May 2014) was a man from San
Nicolás de los Garza, Nuevo León, Mexico, notable for suffering from morbid
obesi...
Lepat Labu Istimewa
-
Lepat ialah sejenis kuih kukus yang memang senang hendak membuatnya. Lepat
ada yang dibuat dari pisang , labu dan cendol.Cubalah resepi lepat labu
i...
Bau Durian Disangka Kebocoran Gas
-
Durian -Raja Buah-Buahan
Gara-gara sebiji durian didalam almari perpustakaan, telah mengakibatkan
pelajar dan kakitangan berdepan dengan suasana panik d...
Star Wars: Episode VI - Return of the Jedi (1983)
-
Free Streaming Star Wars: Episode VI - Return of the Jedi in High QualityNow
you can enjoy Star Wars: Episode VI - Return of the Jedi in HD quality with
d...
Cari Kucing Hilang
-
Kucing memang yang hilang memang susah dicari. Berikut ada beberapa petua
yang boleh digunakan insallah akan berjaya.
1. Mencari ditempat-tempat diman...
Selena Gomez - Good For You
-
born July 22, 1992) is an American actress, singer and fashion designer.
Born and raised in Grand Prairie, Texas, she was first featured on the
children'...
Turkey Army Jets shot down Syria Helicopter
-
Syrian Helicopter M17
Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan on Tuesday defended the
military's downing of a Syrian helicopter which he said violate...
Super Best - Breast Enhance Cream
-
Sexy Body Firming Cream Super Breast Enlargement Bust Cream
Price: $22.99 & *FREE Shipping* on orders over $35.
- Sexy Diary : Net Weight 2.3 oz ...