Assalamualaikum, alhamdulliah bertemu kembali. Dila ingin bertanya selalukan anda mendengar ramalan cuaca sama ada di radio atau TV sebelum keluar rumah atau membuat aktiviti di luar ?. Seikhlasnya Dila pun jarang-jarang mendengar.
Persoalannya apakah kepentingan ramalan cuaca kepada kita semua?. Sebelum itu mari kita fahami maksud `cuaca' itu sendiri. Definasi cuaca yang biasa ialah
` istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet.
Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini
selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari
panjangnya. Diantara fenomena yang biasa termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais'
Diantara kepentingan ramalan cuaca kepada kita ialah seperti berikut,
1. Memberi maklumat ramalan cuaca untuk orang awam, penerbangan awam/tentera, nelayan dan aktiviti marin.
2. Memberi amaran awal kemungkinan kejadian cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora untuk orang awam dan agensi berkaitan yang terlibat dalam menangani becana.
3. Menyediakan maklumat seismologi kepada pelbagai industri kejuruteraan awam dan pembinaan.
4. Menjalankan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan sumber air untuk pertanian dan pelbagai tujuan lain.
Kenapa ramalan cuaca selalu tidak tepat ?
Ini kerana perbezaan kecil pada pergerakan
sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik.
Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk
mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin
untuk menjangka dengan tepat.
Untuk maklumat lanjut mengenai cuaca sila ke Jabatan Metrologi Malaysia
Sumber : Jabatan Metrologi Malaysia, Wikipedia
Iklan Pendek Anda tidak pernah terfikir begitu senang buat duit. |
No comments:
Post a Comment