Ini kisah malang yang menimpa seorang guru Kota Bahru Kelantan. Semoga menjadi iktibar buat kaum hawa.
Kota Bharu: Seorang guru wanita parah dilanggar dan digilis kereta dinaiki penjenayah yang cuba meragutnya dalam kejadian di Pasir Tumbuh, di sini kelmarin.
Zura Ashikin Mustafa, 48, patah tulang pinggul kiri selain cedera jari kaki, lutut kanan serta kaki akibat kejadian jam 8 pagi itu. Dia kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Mangsa ragut - Cikgu Zura . Apa punca ragut ? |
Menceritakan detik cemas itu, Zura berkata, dia sedang memasukkan
barangan baru dibeli dari sebuah kedai ke dalam kereta sebelum tiba-tiba
terasa beg sandang bahu kirinya ditarik dari belakang.
Guru Sekolah Kebangsaan Dato Hashim di Pengkalan Chepa itu berkata, kejadian berlaku begitu pantas, tetapi dia sempat melihat ada dua individu menunggu dalam kereta dan seorang lagi keluar untuk meragutnya.
“Beg sandang ditarik kuat ke sebuah kereta yang sedang menunggu sehingga saya pun turut terseret. Apabila peragut masuk keretanya, saya terjatuh di depan kereta yang kemudian menggilis pinggul kiri.
“Orang ramai memberi bantuan segera sebelum saya dibawa ke HUSM dengan ambulans. Saya anggarkan kerugian RM2,000,” katanya di HUSM, semalam. Sumber BH

Topik berkaitan
Iklan Pendek
No comments:
Post a Comment