Untuk Ulasan Buku Sila Baca Disini |
Assalamualaikum, Apalah nasib orang melayu? Oh sungguh berat topik ini hendak Dila kupas. Walaubagaimanapun Dila cuba. Pada pandangan seorang gadis mentah ini, orang melayu yang rata-rata beragama islam sudah kronik dan berpecah-belah dan sudah menjadi minoriti.
Hairan bukan sedang orang melayulah penduduk majoriti Malaysia kini boleh menjadi minoriti semuanya kerana ketaksuban kepartian masing. Ada melayu UMNO, melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal, Melayu NGO dan Melayu Lalang (buktinya 3 juta tidak daftar sebagai pengundi. Itu belum lagi ditambah dengan segala macam mak datuk masalah sosial yang melanda yang masyarakat Melayu.
Pada pendapat peribadi Dila, masyarakat melayu sudah dikelirukan dan terkeliru dek kerana pemimpin-pemimpin politik yang bertelagah sesama sendiri yang berebut sokongan dari orang melayu lebih-lebih menjelang pilihanraya ke 13 yang bakal tiba ini. Sebagai bukti suami sanggup menceraikan isterinya yang berlainan parti. Kasihan .....
Pemimpin politik menggunakan segala strategi untuk meraih sokongan orang melayu tanpa mengira kesan dalam jangka masa panjang lebih-lebih lagi dalam masa terdekat. Ini jelas kelihatan dengan kisah `hitam' diambang merdeka.
Dila berharap pemimpin-pemimpin politik berfikiran waras, menjadi `pembentung' yang menyatukan rakyat dan janganlah nak merebut kuasa pemerintahan sanggup memperjudikan masa depan orang melayu.
Tolonglah Janganlah menjadi DAJAL dikalangan bangsa sendiri !!!.
*** DAP TIDAK SETUJU IKLAN-IKLAN YANG SOPAN DAN PATUH SYARIAH***
Topik berkaitan
*** DAP TIDAK SETUJU IKLAN-IKLAN YANG SOPAN DAN PATUH SYARIAH***
Topik berkaitan
Iklan Pendek
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
kdg2 kaum melayu nie suka menindas sesama sendiri, dgn sikap dengkinya..cuba tgk kaum cina..wpun berlainan parti, tp bila sbbkan bangsa diorg, diorg sgup bergabung tentang habis-habisan..mcm kes tanah di penang nie..jelas sgt nmpk
ReplyDeleteSalam kak, Dila setuju dengan pendapat kak tu, orang kita pantang nampak orang senang sikit, mulalah cari jalan nak jatuhkan ..Hanya satu kita boleh bersatu `tali allah = islam'
Delete