Assalamualaikum, nampaknya ramai orang heboh memperkatakan mengenai perhimpunan bersih yang dikatakan akan dilakukan pada 9 Julai 2011, iaitu 13 hari lagi.
Perhimpunan yang diketuai 3 kompenan Parti Pembangkang iaitu PAS, DAP & Keadilan (lihat http://bersih.org) dikatakan akan diadakan disekitar Kuala Lumpur. Pengerusi Bersih ialah Ambiga Sreenevasan (penguam Lia Joy,IFC & Isu Murtad) dan Mat Sabu (PAS) sebagai timbalan pengerusi.
Berikut beberapa kesimpulan yang boleh dibuat,
1. Perhimpunan ini merupakan alat untuk mengukur sokongan rakyat kepada parti Pembangkang dalam menghadapi pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).
2. Menimbulkan rasa kebenciaan rakyat kepada kerajaan dan sengaja mengaburi mata rakyat dari melihat kejayaan dan prestasi baik kerajaan BN.
3. Menimbulkan suasana resah gelisah dan huru-hara didalam negara dan mencemarkan imej negara dimata dunia.
4. Merupakan senjata Anwar Ibrahim untuk mengaburi (`cover-up) kes - kes mahkamahnya yang sengaja dipanjang-panjang oleh beliau dengan mengkudakan rakyat yang majoritinya orang melayu untuk pergi menyertainya dijalanan (mana orang cina??, india?? - mungkin bertepuk tangan bersama keluarga dihadapan television dirumah)
Dari penelitian yang dibuat juga didapati perhimpunan ini selain mendapat dana dari dalam negara tetapi juga mendapat dana secara langsung dari NDI (National Democratic Institute) dibawah program `Endowment for democracy' yang dipengerusikan oleh Madeleine K. Albright. Organisasi ini juga didapati mempunyai hubungan dengan pihak Yahudi. Sila teliti video dibawah ini,
Pada Dila semua perhimpunan membuang masa dan mengambarkan KEBODOHAN orang melayu islam itu sendiri (maaf kerana kekasaran bahasa ini), mengapa Dila kata begitu ? sebabnya ramai yang menyertai perhimpunan ini majoritinya orang Melayu dan islam dari parti PAS dan Keadilan. Buktinya, laman web http://www.malaysiakini.com/news/164745: PAS dikatakan berjaya mengumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini.
Berdasarkan bukti dana yang diterima juga jelas menunjukkan peranan CIA & Yahudi dalam mencorakkan landskap politik di Malaysia supaya selari dengan kehendak mereka. Agaknya siapalah yang mengisi borang permohonan dana ? Tak lain tidak bukan kalau bukan hamba suruhan mereka : ANUAR IBRAHIM & Ambiga Sreenevasan.
Setakat semalam 25 Jun 2011, polis sudah menerima 1,900 laporan yang meminta pihak polis menyekat dan menghalang perhimpunan haram ini. Jika anda lihat You Tube, keadaan hodoh pelaku demo dirakam sehingga membakar kenderaan polis, merosakkan ambulans dan menyerang apa sahaja jenis harta benda awam. Persoalannya bolehkan ini dikatakan perhimpunan Bersih sedangkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga tidak boleh mengawal pengikutnya?. Apa jaminannya harta awam dan nyawa manusia yang bakal melayang dalam tunjuk perasaan ini ?
Akta ISA patut digunakan dalam hal ini, kerana mencegah lebih baik dari merawat. Pihak KDN perlu lebih tegas kepada penganjur Bersih. Jika tidak negara akan berdepan dengan situasi yang sama seperti Mesir dan lain-lain negara Arab.
Pada Dila senang sahaja semua perkara didalam dunia ini berlaku mesti ada sebab musababnya begitu juga dengan perhimpunan bersih ini. Jawapannya senang sahaja untuk alihkan tumpuan rakyat dari kes Video Seksnya diMahkamah pada 16 Julai 2011. Pada tarikh tersebut beliau dikehendaki memberi keterangan yang beliau tidak ada masa kejadian, sedangkan bukti DNA membuktikan yang beliau ada disitu. Itu sahaja sebabnya.
Dila menyeru kepada semua orang Melayu yang masih punya ada hati & fikiran yang waras supaya jangan mengikuti perhimpunan bersih 2.0. Lebih baik anda guna masa tersebut untuk membersihkan dalam dan persekitaran rumah supaya bersih dari tempat pembiakan nyamuk Aedes !!.
Kepada Anuar Ibrahim cukup-cukuplah jangan libatkan orang melayu dengan masalah anda dan jangan korbankan maruah bangsa dan negara kepada musuh ISLAM.
Ikuti pula komen Dato Ibrahim Ali,
!