Sebelum Dila mengupas tajuk diatas, Dila ingin bertanya kepada anda ` Apakah Yang Anda Faham Mengenai Ketuanan Melayu". Memang susah hendak menjawap lebih-lebih dari generasi muda seperti Dila.
Secara ringkasnya ketuanan Melayu ialah suatu kontrak sosial dimana ianya merupakan timbal-balik kepada kesanggupan dan kesediaan orang melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), yang mana itu merupakan prasyarat pihak British sebelum memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Ketuanan tidak bermaksud Orang melayu menjadi Tuan di Tanah Melayu (Malaysia). dan menganggap bangsa-bangsa lain sebagai pendatang.
Tetapi sebalik mempertahankan segala perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) perkara 153 (quid pro quo) mengenai hak-hak keistimewaan yang diberikan orang melayu diantaranya seperti agama islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, status raja-raja melayu dan sebagainya.
Banyak parti-parti yang`mempolitikkan' dan `meretorikkan' dengan mensensasikan isu ketuanan melayu ini dengan tujuan mendapat undi dan membawa kepada perselisihan kaum seperti tragedi pada 13 Mei 1969 . Diantaranya ialah parti Parti Tindakan Rakyat - PAP pada tahun 60an, Parti Demokratik Rakyat (DAP), Parti Keadilan Rakyat dan sebagainya. Contohnya : Penggunaan kalimah Allah, mempersendakan insitusi-insitusi Raja-Raja dan sebagainya.
Diantara pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi isu diatas ialah dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Bangsa Malaysia, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya.
Dila berharap dengan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai ketuanan melayu yang betul. Jangan mudah kita terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang seperti PKR dan DAP. Fikirlah dengan waras.
`Janganlah kerana agenda politik/peribadi sanggup pengkhianat kepada bangsa sendiri.'
No comments:
Post a Comment