Followers

Search This Blog

Showing posts with label bn. Show all posts
Showing posts with label bn. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

PRU13 - Calon Bebas Makin Bertambah ?

Assalamualaikum semua dan selamat petang.

Selepas tarikh penamaan calon pada 20 April 2013, selain dari nama-nama calon untuk DUN dan Parlimen yang menarik perhatian kita, kita juga tertarik dengan pertambahan calon-calon dari parti bebas yang paling banyak berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya yang sebelum ini.

Kalau dulu, calon Bebas hanya banyak di negeri Sabah dan Sarawak sahaja, tetapi kali ini telah menular di semenanjung pula. Mengapa fenomena ini berlaku,

1. Tidak berpuashati kerana tidak dicalonkan oleh parti untuk mewakili kawasan.
2. Tidak berpuashati dengan calon yang diputuskan oleh parti
3. Mencuba nasib untuk mewakili  kawasan

Kehadiran calon-calon Bebas ini, telah menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pertandingan 3 penjuru atau lebih. Sebagai contoh DUN Kalabakan dan Sulabayan 7 penjuru, 6 penjuru di sepuluh DUN ( 5 Sabah, 2 Selangor, 1 Pulau Pinang dan 1 Kedah), 5 penjuru di N.Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Pada Pru13 kali ini menawarkan  222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

 Diantara calon-calon bebas dan calon-calon yang lain yang menjadi kejutan


Datuk Kamilia Ibrahim - Bekas UMNO (Calon Bebas ParlimenK.Kangsar)

Herman Tino - Calon Bebas Parlimen Tanjung Karang
Dayangku Intan - Calon PKR (Parlimen Pengerang)

Aishah - Calon Pas (Parlimen Jempol)

Datuk Tan Hock Leong  - Bekas ahli PKR (Calon Bebas Machang Bubuk)




Thursday, April 18, 2013

Lawak Pilihanraya 2013


Sempena pilihanraya yang semakin hampir , mari kita baca lawak pilihanraya.

Add caption


Bila Karpal Singh marah..
Parti-Parti Politik Memancing Undi

Gambar `Super Imposed' di politikkan

Kapal selam `darat' yang canggih


Kisah Dap di Pulau Pinang

lawak Si Anuwar


Lawak Lisan

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam 

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar 

 DUN yg paling panas , DUN Pedas. 

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang 

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda 

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai 

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar 

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang 

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong 

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja. 

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat 

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga. 

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang 

DUN banyak air , DUN Ampangan 

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu. 

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun 

DUN paling bahaya , DUN Baling. 

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut. 

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung 

DUN ada binatang , DUN Kijang 

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena 

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk



Monday, April 15, 2013

Bila Kilang Poster Sibuk & Kilang Fitnah pula ..

 
Meriah dengan poster-poster di Labis
Bagi rakyat biasa sudah tentu tempoh kempen PRU selama 15 hari terlalu lama, lebih-lebih lagi masa antara pembubaran (3 April) sehingga hari pembuangan undi menjangkau tempoh sebulan. Apa pun, itu hak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun ada parti politik yang tidak puas hati dengan tempoh itu. Ya lah, mereka ini ahli politik yang kerjanya hanya berpolitik sedangkan banyak pihak yang sudah bosan dengan kecelaruan dalam kempen politik ini. 

Kebanyakan orang lega jika ceramah atau sebarang bentuk kempen politik dikurangkan. Mereka sudah muak dengan ceramah berbentuk fitnah, caci maki dan macam-macam lagi yang menyakitkan hati dan telinga yang mendengarnya. 

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sekarang sehingga hari pembuangan undi? Apa yang pasti, sebaik sahaja nama calon diumumkan, maka kilang poster akan beroperasi 24 jam tanpa henti. Mereka bertungkus lumus mencetak bendera, poster calon, risalah, manifesto dan macam-macam lagi sebagai bahan kempen. 

Pada masa yang sama ‘kilang fitnah’ juga sibuk ‘mereka bentuk mencetak’ pelbagai propaganda untuk dijadikan kempen pada PRU ini. Kilang fitnah ini akan beroperasi 24 jam menjaja pelbagai perkara yang matlamatnya hanya mahu mencari keuntungan politik. Fitnah yang direka untuk memburukkan orang lain memang sedap didengar lebih-lebih lagi bagi yang tidak berminat untuk berfikir mengenai kesahihannya.

Seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini berkata, rakyat sudah muak dengan politik caci maki, fitnah dan mengaibkan orang lain ini. Baguslah jika sudah ada kesedaran itu. Tetapi sejak dulu, siapakah yang menjadi juara ceramah maki hamun ini? Adakah mereka yang melontarkan kata-kata itu tidak akan melakukan fitnah lagi? Kata orang cakap tidak serupa bikin. Kini parti yang dulunya hanya bertahan tidak sanggup mengikut rentak yang dibawa pihak lawan sudah mula mengikut jejak itu. Sesiapa pun jika diasak bertubi-tubi tidak mampu bertahan dan akan membalasnya. 

Dalam hal ini kelebihan berpihak kepada pembangkang kerana apa juga ‘musibah’ atau fitnah yang melanda mereka akan dikaitkan dengan UMNO atau BN. Puak pembangkang biasanya akan ‘cuci tangan’ menuding jari ke arah orang lain. Inilah kelebihan di pihak pembangkang. Mereka boleh caci maki, mengeluarkan pelbagai ‘fatwa’ yang mengelirukan serta memfitnah dan mengaibkan orang lain tetapi tidak sanggup menerima ‘serangan balas’ pihak lawan. Apabila pihak lain membongkar kelemahan mereka, maka jawapan yang paling pantas diberi ialah semuanya angkara permainan politik UMNO/BN. 

Ini termasuklah penyebaran video seks yang mirip kepada seorang pemimpin pembangkang. Ekoran tersebarnya video itu, pelbagai bahan lain yang menunjukkan ‘kreativiti berpolitik’ rakyat Malaysia muncul. Setiap hari ada sahaja sesuatu yang baharu muncul. Adakah semua ini kerja orang UMNO atau BN? 

Dalam laporan berkaitan bendera Pas berwarna hitam di Kedah, ada pihak yang mengatakan itu kerja puak UMNO/BN sedangkan kemunculan bendera itu disebabkan dua faktor. Pertama dilihat sebagai protes terhadap Menteri Besar, Azizan Razak dan kedua peringatan kepada penyokong Pas supaya tidak ‘buta warna’ semasa mengundi. Simbol parti di kertas undi adalah hitam putih, tidak ada hijau dan putih.

Baru-baru ini, Pengasas Pondok Geting di Kelantan Abdullah Sa‘amah juga menjadi mangsa politik ‘kilang fitnah’ ini. Disebabkan kelantangannya mengkritik Pas, pondok yang sedang dibina disita. Kenapa sekarang baru disita? Soalan ini samalah dengan persoalan kenapa sekarang baru muncul video aksi seks itu? Seperkara lagi, terdapat ‘kilang fitnah’ yang mencetak poster Abdullah Sa’amah sebagai calon BN N1 Pengkalan Kubur pada PRU nanti sedangkan hari penamaan calon belum tiba. 

Seorang sahabat di Kelantan pula memberitahu, Pas juga menganjurkan satu ceramah dengan tajuk Pendedahan siapa pencemarah ulamak UMNO. Apakah tujuan mengadakan ceramah seperti ini? Adakah mereka mahu berhujah atau mendedahkan peri laku manusia? Dalam suasana kempen PRU ini juga, adakah wajar syurga, neraka, pahala, dosa, halal dan haram dikaitkan dengan undi parti politik? Ada juga pihak yang memanipulasikan ucapan atau kenyataan termasuk titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam. Jika sebelum ini, orang yang meninggal dunia juga sanggup dipolitikkan, maka apa lagi orang yang masih hidup.

Semoga, kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam tidak terperangkap dengan peranan kilang fitnah seumpama ini. Jangan menjadikan kempen PRU sebagai pesta mencipta dosa. Maka selidikilah dahulu ‘fitnah’ itu. Jangan cepat kita menghukum itu betul atau menafikannya bulat-bulat. Patuhilah adab berpolitik, hentikan serangan terhadap peribadi calon. Baca artikel penuh disini.

 
Ayuh rakyat Malaysia Kita Pergi Mengundi...JOM SEMAK TEMPAT MENGUNDI
Mari kita sama-sama JANGAN UNDI DAP !!! - Penindas UMAT ISLAM !!!
  

  Iklan-Iklan

Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu terus bermandi darah.

Hapuskan penceroboh,  Pertahankan kedaulatan negara
Assalamualaikum, syukur alhamdulliah akhir dapat juga Dila mengemaskini blog Melayubestariku ini. Tambahan pula esok Dila bercuti, jadi malam ini boleh layan blog dan `blog walking' blog rakan-rakan.

Dila percaya dan yakin fokus rakyat, kali ini tertumpu kepada Sabah atau lebih tepat lagi Lahad Datu yang sedang menghadapi krisis pencerobohan militan kesultanan sulu, dan yang paling menyedihkan sudah mengorbankan banyak nyawa baik dari polis dan penceroboh itu sendiri. Dila ingin mengucapkan takziah kepada semua balu dan ahli keluarga yang terlibat.

Tetapi yang paling Dila sedih sikap salah seorang pemimpin pembangkang - PKR yang tidak sensitif langsung dengan kesedihan yang ditanggung oleh balu-balu/ahli keluarga dan rakyat Malaysia amnya. Beliau ialah  naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (baca sejarah hidup Tian Chua ini, kisah Tian Chua kedua), dengan angkuhnya mengatakan semua kejadian di Sabah adalah `sendiwara' atau pun `gimik' politik Barisan Nasional (BN) untuk memancing undi akan datang.

Manakala Anwar Ibrahim (Anwar sengaja bawa pihak luar ceroboh, untuk buat kacau)  pula sedang sibuk nak saman pihak tertentu yang mengaitkan beliau terlibat kes pencerobohan ini. Padahal yang memecahkan tembelang adalah  dari Filipina bukannya dari pihak kita. Dila cadangkan supaya beliau juga saman Filipina.

Andakah anda mahu `wajah' ini menjadi Perdana Menteri Malaysia ??
 Baca berita yang berkaitan dibawah ini,
 Iklan-Iklan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

MelayuBestari : Berita Sana- Sini

Buka Mata

GENERASI PEJUANG BANGSA

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina