Sudah dua hari ibu tinggal dirumah Dila jadi semalam Dila hantar ibu pulang ke kampung. Dalam perjalanan ibu menceritakan adanya 2 ekor anjing jantan yang suka merayau dikampung . Habis ayam-ayam orang kampung di `kerjakan' oleh anjing tersebut.
Anjing itu juga mempunyai `hobi' yang pelik iaitu suka mencuri kasut, selipar dan baju penduduk kampung. Mak beritahu ada sesetengah orang kampung yang cuba `meracun' dengan racun rumput. Tapi nampaknya anjing-anjing itu lebih `terror' dari manusia, satu pun umpan tak mengena. !!
Apabila sampai di rumah ibu, ibu dan Dila terus naik untuk mengemas rumah dan masak. Apabila siap masak dan mengemas kami pun makan tengahari. Sesudah itu Dila pun nak solat, Dila ternampak 2 ekor anjing warna coklat-coklat keputihan dekat tangga, seekor telah pun bawa lari kasut kesayangan ibu berlari ke arah jalan raya. Dila cuba menghalau tapi apakan daya anjing itu tetap tidak melepaskan kasut ibu sebelah itu.
Ibu sungguh sedih sebab dia sayang benar kasut itu, Dila pun menenangkan ibu dan berjanji akan membeli kasut yang baru nanti.
Terfikir Dila mengapa anjing suka curi kasut ? nak buat sarang ?, atau saja-saja hobi ...Entahlah yang pastinya kasut ibu mesti diganti yang baru
No comments:
Post a Comment