Assalamualaikum pejam celik pejam celik sudah hari ke 7, kita berada dibulan Ramadhan. Dila ingin berkongsi memori bulan ramadhan dikampung.
Sementara menantikan waktu berbuka, kami duduk bersembang dipangkin di hadapan rumah yang ada sebatang pokok kelapa condong. Tiba-tiba dengan abang Dila menjerit pokok tumbang..pokok tumbang... kami pun melompat kebawah dan dengan sekelip mata sebatang kelapa menghempap disebelah kanan pangkin. Keadaan senyap seketika...
Atuk dan pakcik yang kebetulan baru balik dari kedai menerpa ke arah kami, mengeluarkan kami dari celahan daun kelapa. Mujurlah kami semua masih hidup dan hanya mengalami luka-luka kecil.
Abang Dila hanya mengalami luka didahi dan Dila pula dikaki dan tangan. Dila tidak pasti mengapa pokok kelapa itu boleh tumbang dengan tiba-tiba, tapi menurut abang mungkin kerana akarnya tak kuat kerana kampung atuk Dila bertanah gambut.
Semenjak kejadian itu, kami serik dan phobia dengan pokok kelapa. Sekarang semuanya tinggal memori yang tidak dapat Dila lupakan, pokok kelapa itu dah lama jadi arwah begitu juga nenek tersayang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Dila bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini berada didunia. lebih-lebih lagi berada dibulan ramadhan yang indah ini, Kalau tidak.. entahlah..
Nota: Hiasilah bulan ramadhan dengan secantik-cantiknya supaya kita tidak menyesal jika kita bertemu ramadhan ditahun akan datang.
No comments:
Post a Comment