Al-fatihah buat pelakon yang amat Dila meminati ini : M. Rajoli atau nama penuh beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin anak kelahiran Pasir Mas Kelantan ini. Menurut berita beliau telah meninggal dunia lebih kurang jam 11.00 malam semalamdi Hospital Ampang Selangor pada umur 65 tahun (7 April 1945 – 17 September 2010).
Beliau telah berlakon 20 filem dan puluhan drama telah berjaya menarik perhatian umum. Pemergian merupakan satu kehilangan besar bagi dunia industri seni di Malaysia.
Jenazah akan dikebumikan pada hari ini 18/9/2010 di tanah perkuburan Islam berdekatan pasar Keramat, disebelah pusara ibunya. Sesungguhnya Dari Allah kita datang, dan kepadanya kita kembali.
Pemergian M. Rajoli ke alam yang kekal diiringi oleh doa anak-anak yang soleh, serta teman-teman seperjuangan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah…
Sedutan Filem Esok Untuk Siapa
Ikutilah berita penuh dibawah,
Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.
Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.
“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.Ikuti kisah M.Rajoli sebelum ini. Kisah Beliau -Sumber: Utusan
No comments:
Post a Comment