Assalamualaikum semua, Syukur alhamdulliah kepada Allah kerana diberi kesempatan kepada Dila untuk menulis didalam blog ini.
Sebulan dua ini, kita lihat banyak pergolakan politik atau revolusi yang berlaku di Timur Tengah - Tunisa, Mesir, Bahrin, Libya, Yaman dan Jordan.
Revolusi ini yang bermula di Tunisa yang dikenali sebagai Revolusi Melati, rakyat Tunisa bangkit dengan membuat protes secara besar-besaran dan akhirnya berjaya mengusir Presiden mereka Zine Al Abidine Ben Ali.
Tetapi malangnya pemerintahan berpindah kepada Mohammed Ghannouchi, Kallal, Fuad Mubazza dan lain-lain pemimpin yang setia kepada Zine Al Abidine Ben Ali dan Peranchis !.
Di Mesir pula, akibat protest kuat dari rakyat, Presiden Hosni Mubarak akhirnya terpaksa tunduk kepada tuntutan rakyat dengan meletak jawatan dan menyerahkan kepada pihak tentera untuk mengambil-alih pemerintahan negara. Ini ditambah pula dengan desakan dari sekutu kuatnya Amerika - Presiden Barack Obama juga telah mendesak supaya `orderly transition'.
Dari pemerhatian Dilah, revolusi di Tunisia dan Mesir merupakan natijah dari pemerintah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, mengabaikan tanggungjawap kepada rakyat dan bersetongkol dengan musuh-musuh islam seperti Amerika Syarikat dan Isreal.
Revolusi ini sedikit sebanyak` mengabrakan' dan `mengancam' kepentingan kuasa-kuasa barat terutama sekali Amerika-Isreal.
Revolusi politik ini telah menyebabkan lebih kurang 7,000 pelajar-pelajar kita di Mesir terpaksa dipanggil pulang dan kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Harga minyak dunia dipasaran Asia melambung tinggi kerana kebimbingan pergolakan politik boleh menjejaskan pengeluaran dan menjejaskan penghantaran bahan mentah tersebut menerusi Terusan Suez. Dianggarkan melebihi 1 juta tong minyak yang melalui Terusan ini dalam sehari.
Dila berharap revolusi politik berlaku di Timur Tengah - Tunisa, Mesir, Bahrin, Libya, Yaman dan Jordan dapat berakhir dengan secepat mungkin dan keamanan dapat diwujudkan semula. Kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat kita harap mereka dapat mengambil iktibar dari revolusi ini !!
No comments:
Post a Comment