Assalamualaikum dan salam sejahtera para setia blog Dila. Seperti yang kita semua sedia maklum esok 1 Mei 2011 ialah Hari Buruh (Labour Day). Dikesempatan ini Dila ingin mengucapkan Selamat Hari Buruh untuk kakak-kakak, abang-abang, Encik-Encik ,Puan-Puan yang bertugas di sektor kerajaan, swasta mahupun berkerja sendiri. Tidak terkecuali semua buruh - buruh asing yang bekerja di Malaysia - Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Thailand, China dan lain-lain lagi.
Memang kita semua tidak dapat nafikan sumbangan para pekerja dalam meningkat ekonomi dan kemakmuran negara kita Malaysia. Tanpa mereka maka lumpuhlah negara. Merekalah aset terpenting Malaysia.
Kepada pekerja/buruh Dila berharap dapat,
1. Meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam pekerjaan masing-masing.
2. Patuhi arahan pengurus dan beri komitment 100% kepada setiap tugasan yang diberikan.
3. Jangan melanggar peraturan agama & negara. (Jangan Ambil RASUAH !!)
4. Sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.
Majikan pula diharap tidak mengekpotasi pekerja, sebaliknya mestilah sentiasa menjaga kebajikan mereka. Kerjasama dan persefahaman yang baik diantara majikan dan pekerja akan memberi faedah yang besar bukan sahaja kepada kedua-dua pihak tetapi negara secara amnya.
Sejarah hari buruh dunia tercetus bermula pada tahun 1884 lagi . Sila rujuk untuk mengetahui lebih lanjut http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja , manakala di Malaysia bermula pada tahun 1972.
Untuk pengetahuan satu `PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2011' akan diadakan pada 7 Mei 2011 di Stadium Bukit Jalil KL dengan tema ` Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara'. Perhimpunan ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin. Sila rujuk http://www.mohr.gov.my
Dila berharap hari pekerja kali ini, tidak dicemari dengan demostrasi jalanan !! . Untuk para pembaca Dila sediakan lagu khas untuk anda yang bergelar pekerja
Nota Dila : `Selamat Hari Pekerja Juga Untuk Diriku'.
Bertolak ke kampung malam ini, untuk menolong sepupu buat gubahan hantaran kahwin
Terima Kasih Untuk : Malaya History, Youtube, Kementerian Sumber Manusia
No comments:
Post a Comment