Followers

Search This Blog

Thursday, July 28, 2011

Selamat Berjuang Harimau Malaya ( Harimau Malaya vs Lion Singapore 28 Julai 2011 Bukit Jalil - Kelayakan Piala Dunia 2014 )


Harapan Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia orang sudah mengetahui yang malam ini 28 Julai 2011 pada jam 8.30 malam akan berlangsung pertemuan timbal balik pusingan kedua kelayakan piala dunia peringkat Asia 2014 diantara Harimau Malaya vs Singapura di stadium bukit jalil. 

Dengar khabarnya sebanyak 65,000 tiket telah habis dijual, ramai jugalah yang merungut sebab tidak dapat membeli tiket. Apo nak dikato tengoklah di rumah masing-masing tak pun direstoran bersama kawan-kawan di siaran langsung RTM - TV2 - Astro Arena.

Dila berharap pemain-pemain kita dapat memberikan persembahan yang terbaik dan menggunakan kelebihan bermain dihadapan penyokong-penyokong sendiri. Coursemate pun Dila ramai yang dah berpakat nak turun ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu pada team Harimau Malaya. 


Monday, July 25, 2011

Khasiat Bawang Putih


Semua orang sudah maklum mengenai khasiat bawang putih kepada kesihatan kita. Tahukah anda bawang putih juga boleh digunakan untuk merawat kuku menjadi cantik dan putih. Cara senang sahaja, Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan pada kuku anda. Insallah anda akan berpuashati dengan hasilnya.
Healing Benefits Of GarlicSecret Benefits of Onion & Garlic


Monday, July 18, 2011

Ingin Tahu Kegunaan KONDOM ?


Salam semua, apa khabar pagi ini ? Sihat. Ini ada info yang menarik mengenai KONDOM. Kondom selalu digunakan untuk tujuan seks, sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Tak percaya lihat foto dibawah,





Atau kalau banyak boleh buat ini juga,


The Humble Little Condom: A HistoryFrom Crayons to Condoms: The Ugly Truth about America's Public Schools


 

Jering ..Oh Jering !!! Baik dan Buruknya

 Buah Jering Bersama Kulit

 Pokok Jering

Buah Jering Yang Dibuang Kulit

Anda suka jering ? Teringat dulu atuk & nenek suka benar makan jering. Apa tidaknya pokok sebelah rumah.  Punyalah banyak siap boleh jual lagi. 

Dila tidak berapa suka makan jering ini, yerlah rasanya pun tak sedap, kalau buang air kencing hancing iskkk. Walaubagaimana pun, jering adalah makanan kegemaran orang melayu dari zaman dahulu lagi. Di samping itu jering mempunyai banyak zat makanan yang diperlukan oleh badan dan juga di jadikan penawar bagi pengidap penyakit kencing manis kerana menurut pakar perubatan jering mempunyai sebatian alkoloid yang dapat meneuralkan gula dalam darah.

Kalau ikut nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak. Biasanya orang Minang memang suka buat sambal jering dan masak lemak.

Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil.  Tapi AWAS jika anda makan jering telalu banyak boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran buang air kecil atau dikenali sebagai ` Kapit Jering'. Ini kerana mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing dan boleh merosakkan fungsi buah pinggang.  Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk memasak jering sama ada direbus atau dimasak lemak kerana ini boleh mengurangkan asid jengkolik. Sumber : Bernama

Kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang dinasihatkan supaya tidak makan jering. Berikut beberapa perkara yang menggunakan perkataan jering,


(Sebut betul-betul nanti ke lesing !!)



Thursday, July 14, 2011

Kepala Badak Sumbu Pun Dicuri


Ini berita yang menarik perhatian dila, iaitu kisah pencuri yang mencuri kepala badak sumbu dari muzium di peranchis. Hairan betul mahal sangat ke kepala haiwan itu. Kalau curi barang kemas kan lebih bagus entahlah mungkin kepala badak itu boleh buat ubat atau perhiasan  eksotik agaknya. Ikuti kisahnya dibawah

Rhinoceros (US Release)Peranchis (Blois) : Sekumpulan pencuri melarikan kepala badak sumbu dari sebuah muzium di negara ini, insiden terbaru dalam beberapa kejadian yang disyaki didorong kegiatan perdagangan antarabangsa, kata sumber polis dan muzium, semalam. 

Kakitangan muzium sejarah di Blois, kira-kira 160 kilometer di barat daya Paris, menemui bahan pameran hilang pada pagi Sabtu lalu ekoran kejadian pecah masuk di muzium berkenaan.

Kepala badak sumbu seberat 100 kilogram dan ditemui pada kurun ke-19 itu dipercayai diseret di sepanjang lantai muzium. - AFP Sumber : HM

Thursday, July 7, 2011

Train in India Vs Train in Malaysia

Train in Malaysia

KTM (Normal Train)

KTM (Commuter)

ERL - KLIA



Monorail - KL


Train in India

Free Ride ?

Just Image..When Big Festival

Army also ?


India train passenger 14 million per day  image !!

Berita Baik Untuk Peniaga Runcit : Jom TUKAR

Ini ada berita baik bagi peniaga-peniaga kedai runcit terutama  orang kita dikampung-kampung. Dimana kerajaan melalui kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuat program menaik taraf kedai runcit dipanggil Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR).


Diantara tujuan utama projek ini ialah untuk meningkatkan daya saing dan memodenkan kedai-kedai runcit tradisional.


Dalam tahun 2011 ini, kerajaan menyasarkan untuk sebanyak 500 kedai tradisional menyertai  program TUKAR ini. Dengar khabarnya TUKAR ini mengambil konsep mentor & Mentee.


Oleh itu kepada peniaga/pekedai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh melayari http:/www.kpdnkk.gov.my.


Untuk memuat turun borang-borang berkenaan program ini sila pilih dibawah,

Berita Berkaitan TUKAR
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasar sebanyak 500 kedai runcit dinaik taraf dalam ProgramTransformasi Kedai Runcit (TUKAR) di seluruh negara tahun ini.

Ketua Delivery Management Office KPDNKK Putrajaya, Mohd Fariszan Ahmad berkata sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk disalurkan sebagai pinjaman menerusi Bank Kerjasama Rakyat kepada para pemilik kedai runcit yang memilih untuk menyertai TUKAR dengan pembayaran balik dalam tempoh 15 tahun.

"Dengan kadar faedah sebanyak tiga peratus pemilik-pemilik kedai runcit akan memperolehi keuntungan yang lebih tinggi.

"Tempoh masa bayaran yang agak panjang tidak membebankan pemilik dan mereka boleh menikmati keuntungan dan meluaskan bidang perniagaan mereka," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat kepada media mengenai TUKAR di sini Selasa.

TUKAR dilancarkan pada Januari lepas dengan menawarkan pinjaman RM60,000 kepada seorang pekedai.

Insiatif ini bagi membantu pekedai runcit di kawasan kecil dan luar bandar meningkatkan aktiviti perniagaan mereka.

"Beberapa manafaat akan diperolehi pemilik kedai runcit dalam program ini antaranya dapat mempelajari sistem pengurusan pos atau inventori, perningkatan dalam jualan dan kawalan aliran wang tunai, susun atur kedai dan papan tanda," kata Mohd Fariszan.

Beliau berkata setakat ini 92 kedai runcit tradisional telah berjaya ditransformasi dengan bantuan pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Carrefour Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang bertindak sebagai konsultan.

"Pada Khamis (23 Jun) lalu kita telah menandatangani memorandum persefahaman dengan empat syarikat iaitu Aeon Co (M) Bhd, Econsave Cash and Carry Sdn Bhd, Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang dilantik sebagai konsultan untuk membantu kerajaan," katanya

Jesica Wong Weat, 42, antara pemilik kedai runcit yang menyertai program itu berkata kerajaan melalui KPDNKK telah banyak membantunya dalam mengendalikan perniagaan yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

"Sebelum ini keadaan kedai saya tidak teratur kerana saya tidak mengetahui cara pengendalian dan susun atur dalam kedai. Malah keadaan kedai saya suram dan tidak ceria, tetapi apabila saya menyertai program ini, konsultan saya iaitu Tesco telah banyak membantu.

"Saya juga semakin bersemangat dan hasil keuntungan saya meningkat kepada 45 peratus yang sebelum ini hanya 15 peratus, malah kedatangan pelanggan saya juga semakin ramai" katanya kepada media yang melawat kedainya di Puchong.

Dila : Sudah beritahu kepada saudara-mara yang berkedai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Banner Nadilah @ Dila

MELAYUBESTARIKU2

Sharing

Labels

1 December 2009 1 malaysia 1000 langkah sehari 11 September 2011 901 Free Anwar AJL 2009 ALOR GAJAH Adap Menyambut Hari Raya Advice Agong ke 14 Aircon Aizat Al-Quran dibakar Allah Ambang 2011' Ambiga Sreenevasan Anjing Pencuri Kasut Awie Terima Kasih Ayam Azean Irdawaty Bag udara Bahaya Jering Bantal Peluk Barisan Nasional Belacan Belut Masuk Pundi Kencing Benjy BioMalaysia2010 Biotechcorp Bola Sepak Bola sepak Kelayakan OlimpikZonAsia Buang bayi Bulan Ramadhan Chinese New Year DAP Dato Anuar Ibrahim Dato Hassan Ali Dato Najib Tun Razak Dato Najib isytiharkan melaka maju2010 Dato Siti nurhaliza Datok K Datuk Sosilawati Lawiya Daulat Tuanku Deepavali 2011 Diwali Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Elak Makan Di Meja Kerja Environmental Friendly Practices At Home Erni Dekritawati Yuliana Buhari Escalator FMM Faizal Yusof meninggal dunia Financial Planning Fitness and Diet Friendlyatheist Gabenor Negara Gay Sec Gereja H1N1 Malaysia Haji Bakhil Bin Kedut Hajjah Siti Al Wuzara Happy AIDS Day Happy New Year Happy New Year 2010 Hari Ibu Haram Hari Pekerja 1 Mei 2011 Harimau Malaya Hell Hospital Sultanah Aminah Ibrahim Ali Indonesia Info kesihatan Investment Isteri curang JAIS Japanese Jogging Sambil Curi Coli John Harwood Hick Johor KL KLCC KPDNKK Kalimah Allah Kampen Kurang Gula Kapit Jering Karam Singh Walia Katy Lim Li Lian Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan 2012 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kenangan DiBulan Ramadhan Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah Komen Anda Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Koperasi dan Kepenggunaan Kutuk Pengetua Labu Labi Lawak Hari Ini Leonardo da Vinci Lim Guan Eng Luwack coffea Madah Bercinta Mak Nyah Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara Make money from hair Malaysia Broadband War Malaysia vs Bahrin 2011 Malaysian Apostate Manusia Sampah Maulidur Rasul 2010 Melaka Maju 2010 Mengelakkan Kecurian Kereta Merry Christmas Mesin Paling Hebat Didunia Motivation Namewee P Ramlee PAP PAS PKR Pathmanabhan Pelancongan Gay Pelatih PLKN Pen Spinning Pencuri Troli Pengemis Pengistiharan Melaka Maju 2010 Penyakit Umat Perhimpunan Bebas Anwar 901 Peringatan Personal Motivation Petua Rumah Petua.khasiat bawang putih Petua.putus cinta Piala Kelayakan Dunia Peringkat Asia Piala Thomas2010 Poor Old Man falls down Program Mukhayyam Program Skim Bantuan 1 Malaysia Program Transformasi Kedai Runcit Resepi Revolusi politik SIngapura Salam Maal Hijrah 2010 Sambutan Tahun baru 2012 Selamat Hari Natal Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2010 Selamat Menyambut Maal Hijrah 143 Selamat Pengantin Baru Selayang Baru Skim Harga Musim Perayaan Spam Email Sperma Statistik Penceraian Suami lumpuh isteri berseronok Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Kedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia TUKAR Tahun Baru 2011 Takzirah Tan Sri DatoUngku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Tanah Melayu Tazkirah Terima Kasih Tersepit Tip Semasa Bersahur Tip elak kebakaran Tip motivasi diri Tips Tokoh Maal Hijrah Tolong ingatkan ku Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat Train in Malaysia Tumor Udang goreng tepung Udo Omar Ulam Jering Underwater Photography University of Toronto Wallpaper Hari Raya Aidil Fitri 2011 Warga Emas Yahudi a killer air bag adap ziarah adil fitri aging air bag aktiviti cuti sekolah aman palestin amerika anak anak haram anak luar nikah anakgajah anuar Ibrahim anwar ibrahim anwar ibrahim latest ceramah 2010 artis baby eating badak sumbu badminto bahrin banjir bas ekspress batu belanjawaan2011 bencana dunia bendera malaysia berita berita kecantikan berita kemalangan berjaya bersedekah kepada anak yatim bersekedudukan biodata m.rajoli bird nest bizarre blogging body art bonds buah pinggang budget2011 burn cake cd chatting cheating in exam cicak cikgu shida cikgu suraya ciri wanita climate change cuti sekolah 2009 dataran merdeka kuala lumpur dato harun din depavali dera diabetes diabetis djengkolic asid doa akhir awal tahun ekspress senandung timuran faizal yusop festival of lights fomca food funny gempa bumi gigi sensitif gila seks gunung berapi guru guru kafa hani mohsin hari pengguna 2011 hematuria hosni mubarak indentiti makcik hajjah siti al-wuzara internet internet advice iron man islam isreal isteri gersang jakim jalani misbun jalur gemilang jantung jatuh bilik air jordan jual rambut bayar hutang kabah kacang soya kanta kartun politik kemalangan ngeri kencing berdarah kepala badak sumbu keputusan upsr kerengga keretapi tanah melayu berhad kerja kotor kesan suami curang kg pandan kisah artis kisah tauladan kondom kopi tahi musang kreatif ktmb kuih gunting kuih raya kuih siput kutuk Allah lady gaga falls down lagu bola malaysia harimau malaya lahir bayi dalam tandas lawak leptospirosis libya lose weight lubang tandas lucah lucy McRae m.rajoli meninggal maal hijrah2011 peringkat kebangsaan makam nabi muhammad make decision malaysia politics mancis mandul masalah jantung matahari mekah melayu mesir mobile banking monkey man muaturun retro murtad mutual fund mvp nabi sulaiman obama pakar kecantikan pekak badak pelanggaran pelik tapi benar pembentungan penang pendidik penyakit bawaan tikus peranchis perayaan diMalaysia perayaan tradisi pergolakan politik perhimpunan bersih 2 pertandingan mewarna photos piala dunia 2014 pin girl pluralisme agama politik pwtc rawatan selulit selulit relationship renungan untuk semua resulation rina rahman rogol roslin hashim sajak santa claus scammers sedekah jariah sejuk melampau seks seks bebas selamat tahun baru 2011 selamat tinggal 2010 sentul senyum raihan seo seterika sidang video siti nurdiana siti nurhaliza senyum skmm snowbird span spongebob sprm suami curang sumbang mahram syafiah tahun baru cina tekanan darah tinggi tenaga boleh diperbaharui tip Mengekalkan persahabatan tip perjalanan balik kampung tip rambut tren keretapi tv3 ubah wajah ubat kurap upsr ustaz asri rabani utusan malaysia wallpaper wan azizah wan cek daud ziarah raya zina