Tolong ingatkan Dila,
Andai Dila terlupakan Allah
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan Dila
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupakan
Usah diluka hati dan perasannya
Tolong ingatkan Dila
Dimana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan Dila
Dengar dan bacalah Al-Quran
Jika radio penuh hiburan
Jika TV penuh hindustan
Tolong ingatkan Dila
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa memberi teguran
Tolong ingatkan Dila
Kalau bercinta biar kerana Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kekalkan ikatan hindari syaitan
Tolong ingatkan Dila
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Nukilan Dari : Nadilah @ Dila Sept2011
No comments:
Post a Comment