Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua ?. Semoga sentiasa sihat dan gembira terutama dipetang ahad ini. Diwaktu petang yang mendung ini, Dila ingin bertanya kepada selama anda hidup didunia ini apa sumbangan anda kepada perkembangan islam ?. Kalau kita singkap sejarah tokoh islam seperti Iman Ghazali sepanjang hidupnya beliau telah menghasilkan sebanyak 300 buku !.
Kita mungkin tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti Iman Ghazali tetapi kita boleh memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan kewangan untuk perkembangan islam. Sebagai contoh menjadi sukarelawan dalam badan-badan amal yang pada pengamatan Dila sangat kurang orang kita yang menjadi sukarelawan !!. Dari bentuk kewangan pula, masyarakat kita selalu memberi sumbangan selama bulan ramadhan dan hari raya, memang `kenyang' anak-anak yatim dan warga emas !! sehinggakan berebut-rebut untuk memberi sumbangan.
Dila suka mencadangkan kepada anda supaya pendapatan bulanan yang diterima, sedikit disedekah untuk mereka/negara islam/badan-badan kebajikan islam seperti pertubuhan yatim, pembinaan masjid/surau, Palestine, Somalia,Selatan Thailand dan lain-lain lagi. Sekarang ini lagilah senang untuk menderma kerana semua boleh dibuat secara atas talian (online banking) tanpa perlu bersemuka. Berikut beberapa firman Allah didalam Al-Quran,
Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu berkata : "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematianku) sampai waktu yang terdekat, yang menyebabkan aku dapat bersedeqah dan aku termasuk dalam orang-orang yang soleh" Al-Munafiquun : 10 |
| ||
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة رواه الشيخان | ||
Barangsiapa yang membangun sebuah masjid karena Allah Taala. (Bukair berkata: Aku kira) beliau bersabda: Kerana mengharap keredhaan Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga. Riwayat Bukhari dan Muslim |
Dila harap masyarakat kita tidak
virus `Tidakpedulisme' .
TADIKA TAHFIZ FITRAH dan lain-lain lagi.
** Berhati-hati semasa menderma jangan masuk ke akaun perseorangan !
sumbangkan kpd surau sekolah sbb sekolah kak ajar adalah sekolah cina~kebajikan pelajar n guru Islam kita kena sendiri utamakan:)
ReplyDeletesuch a good blog..maa'ssalamah..
ReplyDeleteSelamat Maju jaya dila :)
ReplyDelete