Hari ini seronok, sebab cuti deepavali. Semalam lagi Dila dah balik rumah ibu, sempatlah tidur semalam dengan ibu. Tapi bukan tidur bawah ketiak ibu tau !! he he he.
Oklah sempena dengan perayaan deepavali ini Dila ingin mengucapkan selamat menyambut deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu terutama kepada semua coursemate Dila dan ex-diploma dulu.
Sedikit informasi mengenai deepavali yang Dila ingin kongsikan,
Deepavali merupakan gabungan Dipa (Cahaya) dan Gavali (barisan) juga dikenali Diwali atau perayaan cahaya ( festival of lights) disambut secara rasmi (Cuti kebangsaan) bagi negara-negara seperti Malaysia, India, Nepal, Guyana, Trinidad & Tobago, Mauritius, Singapore, Sri Lanka, Myanmar , Fiji , dan Suriname.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut sila ke Wikipedia
No comments:
Post a Comment