Assalamualaikum semua, sedar-sedar lagi 2 hari lagi kita akan menyambut tahun baru Islam atau lebih dikenali sebagai Maal Hijrah 1433.
Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari ahad 27 November 2011 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Tema sambutan maal hijrah 1433 ialah ` Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' dan dijangka akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Sebelum hari Ahad 27 November 2011, pada Sabtu petang, 26 November 2011 ( 30 Zulhijjah 1432H) kita digalakkan membaca doa akhir tahun dan selepas solat maghrib elok membaca doa awal tahun dan seterusnya bacaan Yassin dan doa selamat.
Kepada anda yang tinggal berdekatan dengan Masjid Negara, adalah dialu-alukan untuk datang pada petang 26 November 2011 untuk mengikut program yang sediakan sempena Maal Hijrah 2011.
Kepada anda yang tinggal berdekatan dengan Putrajaya anda digalakkan untuk hadir bersama-sama meriahkan majlis sambutan Maal Hijrah 2011 bermula dari jam 9.00 pagi.
Untuk makluman selanjutnya anda boleh melayari laman web Jakim
Nota : cepatnya masa berlalu, semakin hampir kita kepada MATI...
No comments:
Post a Comment