Bercakap mengenai Mak Nyah/Pondan pasti kita tergambar manusia berjantina lelaki yang berperwatakan seperti perempuan sama ada dari segi pakaian dan sebagainya.
Golongan ini yang mendakwa terperangkap dengan tubuh yang lain dari yang mereka ingini, sering dicop sebagai golongan yang terlibat dengan aktiviti kurang sihat seperti yang terjadi di Lorong Haji Taib - Kuala Lumpur.
Sila lihat video dibawah ini,
Dila mengucapkan syabas kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang telah memperkenalkan program pemulihan dan menyedarkan bagi golongan ini. Dila berharap semoga golongan ini boleh `berhijrah' dari kegelapan kepada cahaya hidayah Allah. Sebagai anggota masyarakat kita hendaklah memberi sokongan kepada golongan ini untuk berubah.
Sesungguhnya hidayah tidak Allah tidak mengenal sesiapa.
Sesungguhnya hidayah tidak Allah tidak mengenal sesiapa.
IPOH: “Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya untuk berubah, sekali gus membolehkan saya memenuhi amanat arwah bapa sebelum dia meninggal dunia awal tahun ini.”
Itu kata Baby atau nama sebenarnya Ismail, 29, seorang daripada 40 mak nyah yang menyertai aktiviti pemulihan dinamakan Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah resort di sini, selama tiga hari, bermula kelmarin.
Ismail berkata, selepas bapanya meninggal dunia, keinginannya untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan dia mula mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.
Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.
Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.
“Saya tertarik menyertai Program Mukhayyam kerana program keagamaan ini diadakan secara santai dan tanpa diskriminasi. Insya-Allah selepas tamat program ini, hala tuju saya lebih jelas,” katanya.
1. Sumber Metro
3. Youtube
No comments:
Post a Comment