Berikut beberapa panduan untuk menggantikan hidangan berlemak kepada hidangan yang anda gemari dan pada masa yang sama tidak menaikkan berat badan anda.
1. Burger (650Kalori)
Anda boleh gantikan dengan burger tempe yang hanya mengandungi 300 kalori sahaja.
2. Biskut, Kacang Goreng (550 Kalori)
Memang seronok kalau dapat makan makanan seperti yang dinyatakan diatas sambil
melihat television. Anda boleh gantikan dengan biskut oat yang hanya mengandungi 250
kalori.
3. Kentang Goreng (350 Kalori)
Makanan pengantinya ialah kentang panggang yang dibuat sendiri yang mengandungi 200 kalori sahaja.
4. Banana Split (540 Kalori)
Memang sedap banana split lebih-lebih lagi ketika cuaca seperti sekarang yang panas. Tapi awas kalorinya pun boleh tahan juga. Anda boleh gantikan banana split dengan Jus Buah yang mengandungi sekitar 165 kalori sahaja.
5. Milkshake Coklat (350 Kalori)Tiada siapa yang akan terlepas dengan `godaan' milkshake ini. Makanan gantikan ialah minuman soya yang hanya mengandungi 200 Kalori/Gelas). Jika anda berasa jemu campurkan dengan hirisan buah dalam minuman soya.
No comments:
Post a Comment