Senyuman dari anak menambat kasih sayang ibu-bapanya |
Kuntuman sebuah senyum seumpama satu pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa. lebih-lebih lagi jika datang dari hati ikhlas.
Senyuman seorang isteri ketika menyambut suaminya dari berkerja dapat meredakan tekanan ditempat kerja.
Senyuman seorang `boss' dapat memotivasikan orang bawahan untuk berkerja dengan lebih dan rajin.
Begitulah diantara contoh-contoh `kehebatan sebuah senyuman'. Banyak lagi kehebatan senyuman ada disini : kehebatan senyuman. Kajian sains mengenai senyum : Kajian Sains Senyum
Benarkan senyuman berjangkit ?
Senyuman yang dilemparkan kepada seseorang biasanya akan dibalas dengan senyuman juga walaupun apa jua keadaan orang yang dilemparkan senyuman ketika itu samada sedih ataupun gelisah. Itulah kuasa senyuman yang begitu ajaib.(lebih-lebih lagi senyuman dari seorang wanita yang boleh membuat jantung jejaka berdegup-degup: Ingin tahu rahsia seorang wanita ?
Pendek kata senyuman yang ikhlas datang dengan satu pakej lengkap iaitu otot muka bergabung semua dengan mata yang mengecil, pipi yang terangkat dan bibir yang tersenyum. Seseorang itu pastinya akan merasa serba salah sekiranya dia tidak membalas senyuman yang telah dilemparkan kepadanya maka bermula daripada saat ini cubalah memulakan memberikan senyuman kepada semua orang dengan harapan virus senyuman ini akan merebak dengan meluas ke semua manusia dan seterusnya melahirkan suasana yang gembira dan menyeronokkan.
Ingatlah orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah. Manakala orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.
Jadi, bagaimana caranya untuk mudah tersenyum?
Senyuman akan terjadi apabila kita memaksa diri untuk tersenyum. Latihan boleh dilakukan apabila kita bersendirian di bilik atau sebagainya. Jika hati sedang gelisah ataupun bersedih, cuba senyum seketika dan bayangkan keseronokan yang kita alami dengan insan tersayang, insyallah mood gembira akan terus meresap dalam diri ketika itu juga. Walaupun mungkin kegembiraan atau keceriaan tidak wujud dalam diri kita, tetapi apabila kita cuba juga bertindak bagi mewujudkan keceriaan itu, lambat laun ia terbentuk juga. Dari situlah akhirnya perasaan ceria itu membantu kita sentiasa mengukir senyuman yang cukup manis dan segar.
Selain itu, senyuman juga mudah terpancar apabila hati kita bersih dan tunduk pada Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Dengan mengingati Allah, hati akan lebih damai dan bahagia. Namun, bagi yang ingin mengubat hati yang mungkin ketika ini berada dalam kesedihan, terluka ataupun kecewa maka inilah ubatnya iaitu Solat Malam ( tahajjud ), berzikir membersihkan hati, membaca Al-Quran dengan maksudnya, perbanyakkan berpuasa sunat.
Barangsiapa yang dapat melakukan salah satu daripadanya insyallah hati akan lebih terubat dengan baiknya seterusnya dapat memberikan senyuman yang manis dan ikhlas untuk membahagiakan insan di sekeliling kita.
Nota : Suka melihat ibu senyum.. I love you mum !!
Nota : Suka melihat ibu senyum.. I love you mum !!
Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Senyum - Raihan
Senyum Seindah Suria - Jay Jay
Apabila Kau Tersenyum - Orkestra RTM
Apabila Kau Tersenyum - P.Ramlee
semyumm . hehe :)
ReplyDelete