Lihat teknik barat menghilangkan keletihan dipejabat |
1. Banyakkan minum air mineral. Ini kerana air mineral boleh memberi kesegaran dan melancarkan metabolisma dalam badan.
2. Buat senaman ringan. Senaman seperti `tai-chi', turun-naik tangga boleh mengendurkan otot-otot yang kaku.
Berikut antara senaman yang boleh dilakukan,
3. Buat senarai kerja yang perlu dilakukan mengikut keutamaan. Ini akan mengelakkan anda dari terburu-buru dalam kerja dan kerja anda siap dalam masa tempoh yang diberikan.
4. Sesekali cuba bersembang dengan rakan-rakan sekerja yang boleh menimbulkan ketawa, ini dapat membangkitkan kesegaran dan mengelakkan anda dari kelesuan.
5. Semasa berkerja anda boleh memainkan lagu-lagu kegemaran anda dengan menggunakan `earphone'. Ini secara tidak langsung menyebabkan anda segar dan fokus kepada kerja anda.
6. Jika pejabat anda ada `pantry', buat air yang menyegarkan seperti teh panas, kopi dan nescafe. Ini kerana kandungan kafin didalam minuman tersebut akan meningkatkan metabolisma dan seterusnya anda terus segar.
7. Bersolat Zohor atau Asar. Selain menunaikan tanggungjawap kepada Allah, semoga kerja-kerja lakukan pada hari itu `berkat' dan redai oleh Allah.
8. Banyak makan buah-buahan, ini kerana buah-buahan boleh membantu mengembalikan kesegaran. Seelok-eloknya bawa dari rumah kerana buah-buahan potong yang dibeli dari luar tidak terjamin kebersihannya. Pilih buah yg mengandungi banyak air dan praktikal dibawa seperti epal, buah pir dan sebagainya. Makanlah buah2an tersebut selepas makan antara jam 1 dan 3 petang.
9. Jangan terlalu banyak makan dan minum waktu makan tengahari. Ini pasti menyebabkan anda mengantuk bahkan mungkin tertidur sebelah petangnya.
Banyak lagi teknik dibawah,
1. Hilang letih dipejabat A
2. Hilang letih dipejabatB
3. Hilang letih dipejabatC
4. Tip for body tired at Office
9. Jangan terlalu banyak makan dan minum waktu makan tengahari. Ini pasti menyebabkan anda mengantuk bahkan mungkin tertidur sebelah petangnya.
Banyak lagi teknik dibawah,
1. Hilang letih dipejabat A
2. Hilang letih dipejabatB
3. Hilang letih dipejabatC
4. Tip for body tired at Office
No comments:
Post a Comment