Selamatkah `Iphone' anda ? Lihat 5 isu mengenai `mobile security" yang perlu diketahui. |
Anda ada iphone, Ipad dan Tablet ? Selamatkah peranti mudah-alih (mobile device) ? Sila baca kajian dibawah ini,
KAJIAN yang dijalankan makmal Kaspersky terhadap 9,000 pengguna peranti mudah alih iaitu tablet dan telefon bimbit pintar di Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia mendapati 70 peratus pengguna peranti tablet dan 53 peratus pengguna telefon bimbit melayari internet menerusi penggunaan WiFi secara percuma.
Hasil kajian itu mendedahkan, 58 peratus daripadanya menggunakan internet percuma itu untuk tujuan berkomunkasi
Bagaimanapun, pengguna-pengguna internet percuma itu ternyata tidak sedar bahaya yang menanti terutamanya ketika proses pemindahan data yang mudah digodam oleh penjenayah siber.
Menurut satu kenyataan akhbar Kaspersky Lab, dianggarkan 60 peratus pengguna menggunakan internet percuma untuk transaksi sistem perbankan mereka.
"Masalah penggodaman pada peranti mudah alih ini terjadi kerana secara umumnya akses peranti berkenaan tidak dilindungi berbanding komputer dan komputer riba," kata sumber yang dipetik daripada kenyataan akhbar itu.
Kajian tersebut juga mendedahkan penjenayah siber boleh menggodam 28 peratus peranti tablet dan telefon mudah alih kerana tiada perisian keselamatan diaplikasikan pada peranti mereka manakala 82 peratus pengguna komputer dan komputer riba mengaplikasi perisian antivirus untuk melindungi komputer mereka daripada digodam.
Lihat bagaimana pengodam ambil alih iphone anda
Terdapat perisian keselamatan pada peranti mudah alih di pasaran yang bertujuan untuk melindungi peranti mereka daripada digodam oleh penjenayah siber. Sebagai contoh, Kaspersky Mobile Security (Dapat maklumat lanjut mengenai Kaspersky Mobile Security dan `download' percuma disini). Perisian tersebut dicipta bagi melindungi peranti mudah alih terutamanya segala maklumat yang terkandung di dalamnya.
Selain Kaspersky, McAfee juga menawarkan `mobile security" dapatkan maklumat di McAfee dan anda boleh download secara percuma juga di sini.
Kira-kira 49 peratus pengguna internet di rumah dan 39 peratus di pejabat menggunakan tablet sebagai peranti mudah alih mereka. Penggunaan internet di pejabat mempunyai tahap keselamatan yang baik terutamanya ketika melakukan pemindahan data.
Bagaimanapun, pengguna peranti mudah alih tidak seharusnya mengabaikan langkah-langkah keselamatan dalam usaha untuk melindungi peranti mudah alih mereka daripada digodam. Sumber1 Ingin tahu mengenai `mobile Elite TV' ?
No comments:
Post a Comment