Hutan anugerah Tidak Ternilai Allah kepada Manusia |
Aku, adalah rimba berbudi luas
merentang jasa terpuji
sering menutup kejahilan insani
biar amarah merengis maruah
biar dendam menggapai duka
menatap tingkah manusia
yang memusnahkan kebenaran
sebuah kehidupan alam
yang permai damai
Aku adalah rimba melindungi insani
membiar diri rentung dipanah sang mentari
membiar diri jadi benteng dihimpit
asal insani tidak didera keperihan
akibat keruntuhan
atau kepanasan
Aku adalah rimba berdaulat
tekad telah punah ranah
melihat kehijauanku
telah menjadi padanga jarak
padang terkukur
dan esok bakal dibina bangunan
dari batu bata
Aku, wajar bangkit dari mimpi panjang
menerkam radang dan dendam
benteng diri dari dicemari
asap tebal
dan noda hitam debu pembangunan
dalam munajat usah biar aku mati
dalam kehangusan
aku mahu kehidupan
sebuah rimba damai
di tengah aliran sungai jernih
berteman gelak ketawa sepat dan haruan
bersama membina keyakinan
Cintailah kami
Dari alam dan kehidupan semurni kehidupan insani
Karya : Shakirah Rashid
Topik berkaitan
Iklan
Pendapatan dari internet, percuma trafik,ingin jadi penterjemah, Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah ?
No comments:
Post a Comment