Kanak-kanak dan bunga apinya memang sukar dipisahkan : Kredit kpd ArryDuniaFoto |
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Tinggal 2 hari lagi kita akan berhari raya. Ada juga rakan-rakan Dila mula bercuti sejak semalam. Sekarang ini ramai anak-anak (orang dewasa pun sama) yang mula bermain mercun dan bunga api . Dila ingin bertanya kepada anda tidak meriahkan raya adil fitri tanpa bunga api dan mercun ?.(lihat definasi mercun yang sebenar disini)
Secara ikhlasnya Dila kata pada pendapat memang tak meriah. Menurut sepupu Dila, zaman mereka mercun belum dilarang penjualannya di Malaysia. Bermacam-macam jenis bunga api dan mercun boleh didapati, memang meriah terutama dimalam malam akhir Ramadhan.
Diantara mercun yang pernah dimainkan ialah seperti mercun roket, tunderclap, mercun katak, lebah, lalat, payung terjun, mercun tarik, mercun ular, bunga api kucing dan macam-macam lagilah. Ditambah pula dengan meriam buluh memang `happening' la bergegar kampung !!
Tetapi sejak banyak kes-kes kemalangan akibat bermain bunga api, mercun dan ditambah pula kes letupan `hiroshima kecil' di sebuah kilang mercun di sungai buluh menyebabkan kerajaan mula mengharamkan penjualan mercun ini dan hanya membenarkan beberapa jenis sahaja.
Bunga api dan mercun memang dapat memeriahkan suasana sebagai contohnya majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik baru-baru ini di London. Cuba anda bayangkan majlis perasmian dan penutupan tanpa bunga api mesti hambar bukan !!
Dila ingin menasihati adik-adik yang khabarnya sudah mula bercuti sekolah, supaya berhati-hati bermain bunga api dan mercun janganlah sampai beraya di hospital sudahlah ` sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Kepada semua Dila ingin mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan telah menyinggung mana-mana pihak.Kepada mereka yang sudah memulakan perjalanan Dila harap bersabar dan berhati - tidak lari kampung dikejar.
Free download kad raya disini |
Topik berkaitan,
Iklan Kecil
Khas untuk pemilik produa Jom tengok, Jadi pemilik terawal iPhone 5 di Malaysia... Ia mungkin milik anda, FOC. @ hari jer lagi. Cara terbaru pakai hijab. Pendapatan dari internet, percuma trafik,ingin jadi penterjemah, Ingin mencari barang kecantikan dan kesihatan murah
rasanye main mercun masa raya dah jadi macam tradisi pulak..kat kelantan dah ade kes budak putus tangan ngan buta mata sebab mercun.
ReplyDeletetradisi yang membawa keburukan patut dibuang, tradisi yang membawa kebaikan patut disanjung !!
ReplyDelete