Apa ganjaran berwuduk dengan sempurna? |
Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini Dila ingin berkongsi mengapa kita disaran memulakan perbuatan seperti memakai kasut, makan dengan sebelah kanan.
Ini kerana kanan menunjukkan makna yang baik, oleh anggota sebelah kanan diutamakan dalam melakukan semua perkara kecuali mencuci kekotoran atau najis dimana anggota kiri akan melakukannya.
Langkah kanan pula, menunjukkan nasib yang baik dan orang kanan pula menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggi dari segi pangkatnya.
Memandangkan mulianya kanan dari kiri, maka islam menyarankan kita mendahulukan anggota kanan seperti ketika makan, minum, berwuduk bahkan diakhirat nanti orang yang menerima buku catatan sebelah kanan akan menjadi penghuni syurga sebalik jika menerima sebelah kiri akan menjadi penghuni neraka.
Hadis riwayat Muslim `Menurut Aisyah ` Rasulullah SAW, lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala perbuatan seperti memakai terompoh, berwuduk dan mandi
Daripada Abu Hurairah pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud
` Jika kamu memakai kasut, pakailah yang kanan terlebih dulu, Tetapi jika membukanya yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka"
Islam melarang umatnya makan/minum menggunakan tangan kiri kerana ini melambangkan sikap orang yang sombong dan bongkak. Begitulah indahnya islam dalam mengaturkan hidup manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan dari sekecil-kecil hinggalah yang besar.
Iklan Pendek
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
a. Ingin 1,000,000 traffic percuma ? Klik sini
No comments:
Post a Comment