Sayur-sayuran yang mengunakan teknik `stir fry'. |
KACAU goreng adalah satu teknik masakan yang sangat popular di
kalangan orang Asia terutamanya masyarakat Cina. Mungkin teknik ini
adalah baru bagi anda tapi jika disebut sebagai `stir fry' pasti ada yang
mengetahui teknik masakan ini.
Sebenarnya kacau goreng adalah menggoreng sambil mengacau-ngacau makanan dalam kuali dengan menggunakan api yang kuat.
Teknik ini boleh digunakan untuk memasak yang berasaskan daging, makanan laut, sayur nasi dan mi.
Kaedah ini dapat memelihara tekstur, rasa dan nutrisi makanan yang dimasak sekiranya ia dilakukan dengan teknik yang betul.
Oleh yang demikian seni masakan ini perlu dilakukan dengan pantas dan
cekap kerana api yang kuat boleh menyebabkan makanan yang dikacau tidak
masak sekata atau mungkin akan menjadi hangus.
Teknik kacau goreng sangat sesuai untuk dipraktikkan dalam bulan puasa ini kerana makanan dapat disiapkan dengan cepat.
Pertama
sekali sebaik-baiknya gunakan dapur bertekanan tinggi kerana hanya api
yang kuat dan besar sahaja sesuai untuk teknik masakan ini. Kemudian
anda perlu membeli kuali yang dalam dan luas atau wok.
Sebaik-baiknya kuali yang tidak mudah melekat supaya makanan yang
dikacau mudah dikaup-balikkan semasa menggoreng. Jangan risau kerana
teknik kacau goreng masih boleh dilakukan dengan menggunakan kuali biasa
dan dapur gas yang ada di rumah.
Bahan-bahan yang hendak digoreng perlulah dipotong dahulu supaya
kerja-kerja memasak menjadi mudah dan tidak kelam-kabut untuk mencari
bahan-bahan yang diperlukan ketika sedang memasak. (Llihat panduan memasak masakan berkhasiat)
Sekiranya baru hendak memotong sayur ketika menumis bawang saya khuatir bawang akan menjadi hangus sebelum anda sempat habis memotong sayur ataupun daging. Pastikan saiz semua bahan-bahan yang digoreng sama saiznya supaya ia masak dengan sekata. (Lihat koleksi petua-petua)
Jangan potong terlalu besar kerana teknik kacau goreng menggunakan
api yang kuat dan cepat. Jadi saiz yang kecil akan cepat masak.
Pastikan minyak dalam kuali betul-betul panas kemudian baru mula
menumis bahan tumis seperti bawang supaya aroma yang enak dapat meresap
ke dalam masakan yang dimasak.
Sekiranya menggunakan daging, kacau goreng dulu daging sehingga ia
masak kemudian baru diikuti dengan sayur. (
Masukkan sayur yang keras
dahulu dan setelah sayur keras hampir empuk baru masukkan sayur yang
lembut. Boleh letakkan sedikit air dan tutupkan kuali supaya sayur yang
keras cepat masak. (Koleksi resepi TERHEBAT)
Letakkan sos seperti sos tiram, kicap cair dan apa-apa perisa yang
anda suka ketika proses mengacau. Sumber Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment