Kejam. Serangan Udara Bertalu-Talu Israel Membunuh 96orang |
GENTING GAZA - Serangan udara tentera Israel yang masuk hari keenam
semalam meragut 13 lagi nyawa warga Palestin menjadikan angka korban
keseluruhan kini meningkat kepada 96 orang. - Baca sejarah zionis
Serangan itu berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang giat
dilakukan oleh para pemimpin antarabangsa bagi menamatkan kekejaman
Zionis.
Serangan yang dilancarkan ke atas wilayah Genting Gaza kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun.
Dalam pada itu, tentera Israel menyatakan, pihaknya telah berjaya mengambil alih sebuah program stesen televisyen milik Hamas.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa penganalisis politik berkata,
pemimpin Israel berpuas hati dengan kejayaan Operation Pillar of Defence
yang dilancarkan pada Rabu lalu bertujuan untuk menghentikan tembakan
roket pejuang Hamas.
Operasi tersebut melibatkan serangan udara bertubi-tubi ke atas wilayah Palestin berkenaan.
Sejak keganasan ke atas Genting Gaza bermula, Israel tidak
henti-henti melakukan serangan udara dan langsung tidak menunjukkan
sebarang tanda untuk berhenti walaupun serangan udara kian berkurangan
sejak Jumaat.
Sehingga semalam, pihak tentera Israel berkata, ia telah membedil
lebih daripada 1,350 kawasan Gaza manakala pejuang Hamas telah menembak
lebih 850 roket ke Tel Aviv dan satu ke Baitulmuqaddis.
Kelmarin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan
tentera daratnya kini bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi
menentang pejuang Hamas.
Stesen radio awam melaporkan seramai 40,000 pasukan tentera simpanan kini bersiap sedia berhampiran sempadan Gaza.
Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil (baca biodatanya) berkata, usaha
damai yang dikelolakan pihaknya sedang berjalan dan peluang untuk
menamatkan peperangan adalah cerah. Berita selanjutnya disini
Bacaan Al-Quran Online
No comments:
Post a Comment