Pemeriksaan berkala gula amat penting. Dapatkan petua diabetes percuma. |
Assalamualaikum semua, ini maklumat yang agak mengerunkan terutamanya kepada penduduk Kelantan. Jumlah penghidap penyakit diabetes di Kelantan semakin meningkat
dengan statistik menunjukkan 20 daripada 100 penduduk negeri ini yang
berumur 19 tahun ke atas didapati menghidap penyakit tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Datuk Ahmad
Mahir berkata statistik itu menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
yang sangat ketara pada kadar penghidap penyakit diabetes di kalangan
penduduk Kelantan dan ini merupakan yang tertinggi berbanding negeri
lain.
Dr Ahmad Razin berkata peningkatan itu adalah daripada 11 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lepas.
"Risikonya iaitu obesiti juga membimbangkan di mana terdapat
peningkatan daripada 11.7 peratus pada 2006 kepada 19.7 peratus pada
tahun lepas," katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Diabetes
Sedunia 2012 Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamil di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kelantan.
Beliau berkata 59.4 peratus daripada kalangan penghidap pula
sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes yang
berpunca daripada pengambilan gula berlebihan di dalam makanan dan
minuman.
Katanya ini disebabkan mereka tidak memberi perhatian tentang bahaya
penyakit itu dan komplikasi yang serius adalah penyakit jantung,
kegagalan buah pinggang, kebutaan dan amputasi kaki.
Dr Ahmad Razin berkata pesakit berkenaan mempunyai risiko dua hingga
empat kali lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan lima kali
ganda menghidap penyakit angin ahmar.
"Risiko untuk pemotongan kaki hampir 30 kali lebih tinggi daripada orang biasa," katanya.
Justeru beliau menasihati mereka yang mengalami masalah obesiti
supaya mengubah tabiat pemakanan dan berusaha menurunkan berat badan. Sumber
Iklan Pendek
Bacaan Al-Quran Online
No comments:
Post a Comment